in , , , ,

Adriano Bakal Kembali Dalam PES 2019 Sebagai Legenda Dalam Mode myClub – 99 Shot Power!

Zaman kegemilangan PES bakal kembali?

Konami baru-baru ini telah mengumumkan yang Inter Milan akan menjadi salah satu kelab yang bekerjasama dalam game terbaru mereka akan datang, PES 2019.

Lanjutan daripada kerjasama ini, semalam, mereka telah mengumumkan beberapa legenda dari kelab itu yang akan dibawakan ke dalam mode myClub. 4 pemain legenda tersebut ialah Esteban Cambiasso, Álvaro Recoba, Youri Djorkaeff dan Adriano.

https://twitter.com/officialpes/status/1033006020912590848

Semestinya yang menjadi tarikan utama dalam pengumuman ini ialah kehadiran semula Adriano dalam siri PES. Pada zaman kemuncak kariernya, Adriano pernah dilabelkan sebagai antara penyerang paling berbisa dunia, sebelum dicopkan sebagai pemain paling ‘flop’ dalam sejarah bola sepak.

https://twitter.com/officialpes/status/1032990922512904192

https://twitter.com/officialpes/status/1032975813178617856

Pada era keemasannya itu, siri PES yang berada di pasaran ketika itu ialah PES 6, di mana rating Adriano cukup tinggi dalam game tersebut. Adriano sangat terkenal dengan sepakan padunya, mempunyai shot power setinggi 99!

Tak sabar untuk bermain menggunakan Adriano semula dalam siri PES? PES 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.


PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019

Deposit RM50 SAHAJA

FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Red Dead Redemption 2 Akan Menampilkan Map Terbesar Yang Pernah Dihasilkan Oleh Rockstar

7 Rancangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Bangunkan Industri & Ekonomi Esports