Adidas melancarkan kasut dan tracksuit baru dengan kolaborasi Pokemon yang baru sahaja diumumkan pada awal Januari 2020 — sesuai untuk peminat Pokemon dari kanak-kanak hingga dewasa!
Barangan ini tidak boleh didapati di kedai dan boleh dibeli secara online di adidas.com.my. Percayalah, penulis dah semak di 3 kedai Adidas di dalam Kuala Lumpur apabila pertama kali mendengar berita ini!
POKÉMON TRACK SUIT
Tracksuit junior ini diperbuat daripada polister yang dikitar semula untuk menjaga kehijauan dunia. Walaupun ia diklasifikasikan sebagai kategori kanak-kanak lelaki, model gadis *uhuk penulis uhuk* (yang tinggi 148cm) memakai saiz 152 cukup cukup muat. Ye lah kan, saiz Eropah untuk 15-16 tahun pun sesuai untuk orang tinggi 170cm untuk dipakai, asalkan badan agak slim, mesti lepas!
Set ini termasuk dengan jaket trek dan seluar ‘sweatpants’ yang selesa berharga RM260. Jaket trek tersebut mempunyai 3 stripe klasik adidas bercorak sprite Pokemon dari gen1 di lengan dan ayat ‘Pokemon Trainer’ di belakang.
Seluarnya pula berpoket hadapan mempunyai logo Adidas dan logo Pokemon bersama pokeball. Kainnya agak nipis dan tak ‘stretchy’ kalau nak berbuat yoga tidaklah berapa sesuai. Penulis pakai pun ketat sikit di bahagian peha tapi masih boleh berjalan dan berlari.
POKÉMON PHOSPHERE SHOES
Sneakers hitam bercorak outline putih ini untuk dewasa berharga RM380. Kasut berlari ini memberi fungsi keselesaan dengan corak dinamik yang menarik mempunyai kaitan bulatan untuk support di atas dan kusyen yang lembut di tengah tapak. Kasut ini boleh didapati dari saiz 6 hingga 12 (UK).
POKÉMON ADVANTAGE SHOES
Kasut tennis kanak-kanak dengan rekaan 3-Stripes membuat anak muda kelihatan seperti Pokémon Trainer sejati dengan stail Adidas yang retro. Bertapak getah dengan karakter pixel Pikachu serta corak pixel Pokemon lain di dalam lining dalam amatlah comel. Kasut ini boleh didapati dari saiz 1 hingga 10 (UK) pada RM200.
Style kan koleksi mereka kali ini? Tetapi di manakah kasut Pokemon Advantage Shoes bercorak Pikachu dan Squirtle untuk dewasa? Kasut ini ditunjukkan bakal keluar pada 2020 tetapi masih tiada tarikh pelancaran diumumkan.

Smart lagi kasut ni! Semoga Adidas dapat memberi tarikh pelancaran, jadi bolehlah menabung untuk dapatkan ‘full set’ dari kepala ke kaki bertema Pokemon untuk menjadi Pokemon Trainer terhebat!
#Iwannabetheverybest
Comments
Loading…