ADATA telah dilaporkan sedang membangunkan RAM DDR5 bagi generasi CPU akan datang keluaran Intel iaitu Alder Lake. Dijangkakan DDR5 ini akan kepantasan penhantaran data setinggi 8400 MHz yang sememangnya jauh lebih jauh dari keluaran generasi DDR4 terkini sekitar 4000 Mhz.
ADATA dilaporkan akan melakukan penyelidikan dan pembangunan dengan bantuan MSI dan Gigabyte yang dikatakan telah menyediakan peranti motherboard yang menggunakan CPU Intel Alder Lake.

Selain membantu CPU untuk memproses data dengan kelajuan lebih tinggi, DDR5 dikhabarkan akan membantu ciri seperti mengawal I/O secara berskala panjang (SEC) ECC dan DFE (decision feedback equalizer).
Memory DDR5 dijangka bakal tiba tahun ini namun begitu ramai yang berpendapat ia tidak akan digunakan secara meluas lagi memandangkan kesukaran industri untuk menghasilkan barangan akibat wabak Covid yang melanda seluruh dunia.
Comments
Loading…