in ,

Adam ‘343’ Shah Bakal Bersama Team DotA 2 Baru Bernama B)ears!

Nampaknya Adam ‘343’ Shah, bekas pemain Fnatic dan Execration ini bakal menyertai pasukan campuran antarabangsa menurut laporan GGNetwork.tv.

Di dalam satu tweet ‘pengumuman’ daripada Adrian ‘FATA-‘ Trinks, beliau akan menubuhkan satu kumpulan baru bernama B)ears bersama Sang-don ‘Forev’ Lee, Adam ‘343’ Shah, Yazied ‘YapzOr’ Jaradat, and Feras ‘Feero’ Hroob bagi Spring Season yang akan datang.

Team B)ears
– Feras ‘Feero’ Hroob ?? – Carry
– Adrian ‘FATA-‘ Trinks ?? – Captain, midlane & drafter
– Lee ‘Forev’ Sang-don ?? – Offlaner
– Yazied ‘YapzOr’ Jaradat ?? – Support
– Adam ‘343’ Shah ?? – Support

Sebelum ini Forev bermain bersama MVP Phoenix dan Team Secret, 343 bersama Execration dan Fnatic, YapzOr bersama Escape Gaming dan FATA- bersama Team Liquid. Antara barisan roster baru ini, hanya Feero pemain carry yang belum muncul di arena profesional.

Adam 343 semasa masih bersama Fnatic.

343 sepatutnya bersama Execration ke Boston Major, tetapi kerana masalah VISA, ramai antara mereka tidak dapat bermain. Menurut 343, beliau dan FATA- sudah lama berbincang dan menubuhkan pasukan baru.

“Saya dan FATA- mula berbincang sebelum Boston Major kemudian YapzOr muncul dan kami teruskan rancangan kami. Feero merupakan kawan YapzOr yang menarik perhatian kami. Dan kami kemudiannya menarik Forev. Kedua-dua Feroo dan Forev adalah pemain yang sangatlah berbakat dan sanggup belajar,” ujar 343.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Closed Beta Untuk For Honor Diumumkan Ubisoft – Bermula 26 Januari

Demo Tales Of Berseria Sudah Boleh Didapatkan Di Steam Dan PlayStation 4