in , ,

Adakah Phil Spencer Telah Lama Mengacah Kerjasama Xbox-Nintendo Bakal Tiba?

Sejak belakangan ini, apabila ada pengumuman baharu daripada Microsoft dan Xbox, orang ramai akan perasan yang ia sebenarnya pernah diacah oleh Ketua Xbox, Phil Spencer melalui cara yang agak terbuka.

Sebelum apa-apa pengumuman baharu dibuat secara rasmi oleh Xbox, Spencer sering akan mengacah dengan meletakkan sesuatu yang berkaitan di rak belakang ketika beliau sedang berbual secara maya melalui panggilan video.

Kini, satu khabar angin telah muncul apabila dalam satu video analisis yang dikeluarkan Jeff Grubb dari Game Mess, menyentuh tentang kehadiran Nintendo Switch di atas rak Spencer dalam video sebelum ini. Grubb menyatakan yang semua objek yang diletakkan di atas rak Spencer memberi makna sesuatu.

Kemudian, Shpeshal Ed dari XboxEra.com pula mengesahkan perkara tersebut, dan mengacah pula dengan mengatakan akan ada sesuatu yang bakal diumumkan antara Xbox dengan Nintendo pada musim luruh tahun ini (sekitar September-Disember).

Sekiranya benar Xbox dan Nintendo sedang bekerjasama dalam sesuatu yang besar, pastinya akan memberikan tamparan hebat kepada Sony dan PlayStation.

Sama-sama kita nantikan apakah sebenarnya kerjasama yang sedang diacah ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Sedang Adaptasi Game-Game Popular PlayStation Ke Mobile – Uncharted, God of War Mobile?

Netflix Umumkan Sedang Bikin Filem Live-Action Gundam Bersama Pengarah Kong: Skull Island