in , , , ,

Adakah Mode Battle Royale Dalam Battlefield V Akan Menjadi Percuma Seperti Fortnite? Ini Jawapan EA

Battlefield untuk semua?

Salah satu faktor kejayaan Fortnite menjadi fenomena global adalah disebabkan game ini adalah percuma untuk dimainkan (free-to-play). Lebih ramai dapat bermain, lebih pantas ia menjadi bualan ramai.

Battlefield V, seperti pelbagai game lain yang turut mengikuti jejak ini, akan membawakan mode battle royale juga. Tidak banyak sebenarnya yang kita tahu tentang bagaimana pendekatan EA dan DICE dalam battle royale versi mereka ini selain mereka hanya mengumumkannya sahaja.

Terbaru, semasa panggilan perolehan suku pertama EA, COO dan CFO EA, Blake Jorgensen telah ditanyakan dengan satu soalan yang menjadi persoalan ramai gamers — iaitu adakah mode battle royale dalam Battlefield V akan menjadi percuma untuk dimainkan oleh semua pemain seperti Fortnite?

Jorgensen menjawab bahawa mode battle royale Battlefield V ini akan dilayan seperti mode-mode lain yang bakal muncul dalam game ini. Bermakna, para pemain perlu membeli game penuh Battlefield V, barulah korang akan boleh main mode battle royale tersebut.

Namun, beliau turut memberikan sedikit bayangan tentang perancangan EA untuk membangunkan satu game bergenre battle royale yang lain. Kata Jorgensen:

“Kami berminat untuk bereksperimen dengan game standalone yang percuma untuk dimainkan yang mungkin dimasukkan ke dalam genre shooter atau genre lain, tetapi saya tidak rasa itu apa yang kami lihat untuk Battlefield buat masa ini.”

Wah, nampaknya EA turut berminat untuk membawakan sebuah game baru yang fokus kepada battle royale sahaja. Mungkinkah Battlefield V akan menjadi medan percubaan bagi mereka melihat sejauh mana mereka mampu lakukan dengan mode battle royale?

Apa pandangan korang?

Battlefield V akan dilancarkan pada 19 Oktober ini untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Sesi Open Beta Battlefield V Akan Diadakan Pada Awal September Ini

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

H1Z1: Battle Royale Akan Dilancarkan Sepenuhnya Di PS4 Pada Minggu Hadapan, Turut Umumkan Battle Pass

Tentera Amerika Akan Adakan Pertandingan Street Fighter V Di Pangkalan Tentera Dan Akan Ada Livestream Di Twitch