in , , , , , ,

Adakah Hu Tao Karakter Seterusnya Untuk Update 1.3 Genshin Impact?

Sudah terlepas untuk tikam di banner Xiao dan kini diganti dengan banner Keqing. Namun sedemikian, banner untuk kedua-dua karakter ini berada pada masa yang amat pendek. Persoalannya, adakah Hu Tao akan menjadi karakter seterusnya?

Setiap kali sebelum satu karakter baru yang akan diperkenalkan, semestinya pembangun Genshin Impact (GI), miHoYo akan mengeluarkan beberapa video trailer. Ini boleh dilihat dengan trailer Albedo, Zhongli dan Xiao.

Untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina, miHoYo telah memberi sebuah update 1.3 dengan memperkenalkan banner karakter dari Liyue (diilhamkan dari negara China) seperti Xiao dan Keqing.

Namun ramai dataminers sudah menjumpai Hu Tao di dalam coding game tersebut, malah leak kepada video skill Hu Tao sudah pun berkeliaran di dalam ruangan internet. Ramai mengatakan karakter Hu Tao tidak dipilih untuk keluar pada update ini kerana beliau sering dikaitkan dengan kematian dan tidak sesuai sebagai karakter pada musim raya cina.

Banner untuk Xiao hanya berlangsung selama 2 minggu dari 3 hingga 17 Februari 2021 dan banner Keqing dari 18 Februari hingga 2 Mac 2021. Biasanya banner karakter akan berlangsung selama 3 minggu. Tambahan pula, banner weapon baru yang mempunyai rate-up untuk Staff of Homa amat sesuai untuk stats Hu Tao.

Malah, namecard Hu Tao juga sudah boleh dilihat di skrin ‘name card’ setiap pemain GI. Adakah ini bermaksud Hu Tao adalah karakter seterusnya? Harap-harap cepatlah sedikit miHoYo sahkan Hu Tao sebagai karakter seterusnya, gatal tangan dah ni nak tikam!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PUBG: New State Diumumkan, Sekuel PUBG Mobile Dengan Tema Futuristik

Game Percuma PlayStation Plus Mac 2021 – Final Fantasy VII Remake, Knack 2, Farpoint, Maquette