in , , , ,

Ada Yang Telah Memiliki Kingdom Hearts 3 Dengan Awal, Elakkan Spoiler Di Internet Sekarang

Amaran kepada para peminat tegar Kingdon Hearts 3 yang telah menantikan game ini sejak sekian lama!

Terdapat laporan yang mengatakan unit Kingdom Hearts 3 telahpun berada di tangan segelintir pemain yang entah bagaimana memilikinya dengan lebih awal. Paling membimbangkan tentang perkembangan ini ialah apabila mereka yang telah memainkan game ini telah berkongsikan apa yang tidak sepatutnya di media sosial secara terbuka.

Berhati-hati dengan spoilers di luar sana! Elakkan kalau boleh!

Menurut laporan Eurogamer, banyak gambar screenshots dan video telah tertiris di Internet, termasuklah gameplay, skrin hadapan dan banyak lagi.

Kepada korang yang menjumpai post-post yang tertiris ini, harapnya boleh dielakkan dan jangan tolong sebarkan lagi. Tindakan tidak bertanggungjawab ini harus dibendung kerana game telah dibangunkan bertahun lamanya, dan tidak elok untuk menyebarkan game yang masih belum dilancarkan secara rasmi.

Kingdom Hearts masih ada lagi kira-kira sebulan lagi sebelum dilancarkan, iaitu pada 25 Januari 2019 untuk PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengarah Kreatif Game Avengers Project Kongsikan Sedikit Perkembangan Terkini Kepada Peminat

Seorang Gamer Bakal Kehilangan Penglihatan Matanya, Memilih Untuk Mainkan Red Dead Redemption 2 Sebagai Game Terakhir