Platform gaming di PC, GOG, yang turut dimiliki oleh CD Projekt Red, telah membuat satu promosi yang begitu menguntungkan kepada para pemain.
Sekiranya korang memiliki The Witcher 3: Wild Hunt di PS4 atau Xbox One atau mana-mana platform gaming PC seperti Steam, Origin, Epic Games Store — korang berpeluang menebus game ini di platform GOG secara percuma.
Maaf kepada pemain di Nintendo Switch, disebabkan tiada integrasi dengan Switch, maka korang tidak layak untuk mendapatkan tawaran ini, menurut FAQ yang dinyatakan di laman GOG.
Tawaran ini sedang berlangsung sekarang dan akan tamat pada 23 Jun 2020, 7 malam (waktu Malaysia).
Edisi yang korang akan dapat secara percuma di GOG ini bergantung kepada edisi yang korang miliki di platform lain itu. Bermakna, kalau korang ada edisi standard The Witcher 3, maka korang akan dapat edisi yang sama di GOG. Begitu jugalah kalau korang memiliki edisi Game of the Year. Dalam kata lain, tiada penaiktarafan edisi yang ditawarkan.
Sebagai peringatan, korang hanya akan boleh menebus sekiranya korang memiliki salinan The Witcher 3 ini secara digital. Untuk korang yang membeli disk fizikal di PS4 dan Xbox One, maaflah ya.
Cara untuk menebus tawaran ini sangat mudah. Muat-turun GOG Galaxy 2.0 di sini. Kemudian, selepas selesai install, korang perlu ‘Connect Platform’ — iaitu menyambungkan akaun GOG dengan akaun mana yang korang mempunyai salinan game tersebut — sama ada PlayStation Network, Xbox Live, Steam, Origin, atau Epic Games Store.
Selepas puas bermain The Witcher 3 di platform lain, bolehlah ulang semula di GOG pula. Selamat menebus!
Comments
Loading…