JomGaming sekarang sedang menikmati sesi open beta Hyper Scape, yang telah mula boleh dimainkan pada awal pagi tadi.
Kalau korang sudah mainkannya, mungkin korang juga telah menemui satu karakter yang sangat menarik ini. Dalam battle royale terbaharu keluaran Ubisoft ini, terdapat satu karakter yang dicipta dan ditampilkan ke dalam Hyper Scape merupakan seorang rakyat Malaysia.
Karakter wanita berhijab ini digelar Noor Casulink. Melalui kisah latar belakang (lore) yang disediakan dalam game, nama sebenar beliau ialah Noor Azimah binti Yusof, berumur 23 tahun, berasal dari Pekan, Pahang.
Apa yang lebih menarik ialah daripada deskripsi itu, Noor Casulink nampaknya adalah seorang ‘social media influencer’ kerana apabila menggunakan kata kunci ‘makeup tutorials’ di enjin carian, namanya akan muncul.
Malah, dalam majalah ‘VR Remaja 2053’, dalam artikel bertajuk ‘People to Watch’, beliau digelar sebagai ‘Face of Southeast Asia’. Namun, Noor dalam satu temuramah bertajuk ‘Noor: Up Close and Personal’ pada tahun berikutnya (VR Remaja 2054), menolak label tersebut kerana beliau merasakan yang gelaran ‘wajah Asia Tenggara’ itu seperti mengurangkan kefahaman tentang kepelbagaian etnik yang ada di rantau ini’.
Korang boleh baca lore Noor ini dalam screenshot yang kami telah ambil di bawah:




Tiada abiliti khusus untuk karakter Noor ini kerana setiap karakter yang ditampilkan dalam Hyper Scape hanyalah bersifat kosmetik kerana setiap abiliti dan senjata hanya boleh dikutip dalam setiap game berbeza.
Buat masa ini, sesi open beta Hyper Scape hanya boleh dimainkan di PC, belum ada untuk konsol. Ia akan dilancarkan sepenuhnya untuk PC, PS4 dan Xbox One, namun tarikhnya belum diumumkan lagi.
Comments
Loading…