Terdapat seorang individu yang cukup kaya hartanya ingin menganjurkan pertarungan battle royale sebenar di sebuah pulau persendirian.

Ditemui oleh IGN di laman web Hush Hush, individu yang tidak dikenali ini berhajat untuk mengupah sesiapa yang boleh mencipta sebuah arena yang boleh memuatkan 100 pemain untuk pertarungan battle royale.

Walau bagaimanapun, korang janganlah risau kerana beliau bukan ingin para pemain menggunakan senjata api sebenar. Sebaliknya, para peserta akan menggunakan senapang Airsoft, dan setiap tembakan akan dikesan melalui baju perisai yang mempunyai pengesan sentuhan (touch-sensitive armour).

Apa yang beliau rancangkan setakat ini, pertandingan tersebut akan mengambil masa 12 jam pada setiap hari selama tiga hari, sehinggalah seorang pemenang berjaya diperoleh. Para peserta akan berkhemah pada waktu malam, dalam pada masa yang sama, makanan, peralatan berkhemah dan segala kelengkapan akan disediakan oleh pihak penganjur.

Juara atau “last person standing” dalam pertandingan ini akan membawa pulang £100,000 (RM534,905).

Pencipta arena ini dikatakan akan diupah sebanyak £1,500 (RM8,023) setiap hari selama enam minggu untuk mereka-cipta acara ini.

Laporan tersebut menyebut bahawa penaja untuk acara ini adalah seorang jutawan yang identitinya tidak dikenali.

JomKomen!