Kita mungkin sudah sekian lama menantikan sebuah video game skateboard dari Tony Hawk yang berkualiti. Game Tony Hawk terakhir yang kita ada ialah Tony Hawk’s Pro Skater 5 yang dikeluarkan di PS4 dan Xbox One, walau bagaimanapun, ia mendapat review yang sangat teruk daripada para pengkritik dan peminat.

Untuk mengubat rindu kita kepada aksi skateboard ini, kita bolehlah bersedia untuk mainkan game terbaru, Tony Hawk’s Skate Jam yang dibawakan ke peranti mobile. Buat masa ini, ia sudah boleh dimainkan di iOS. Untuk Android pula, pemain hanya dibenarkan untuk pra-daftar sahaja, dan tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini.

Game ini dibangunkan oleh Maple Media, dan mendapat kerjasama daripada Tony Hawk sendiri.

Korang boleh buka game ini melalui iOS di sini, dan melalui Android di sini.

Kata Tony Hawk dalam satu kenyataan, “saya mahu game ini menjadi tarikan kepada para peminat siri asal, dan juga kepada kanak-kanak baru yang bermain game di telefon mereka.”

JomKomen!