Masih ingat kapal terbang berwarna putih-merah milik Sully yang pernah muncul dalam Uncharted: Drake’s Fortune (pertama dalam siri)?
Ya, kapal terbang ikonik itu sebenarnya ada muncul sebagai easter egg dalam The Last of Us, dan tiada mana-mana pemain yang perasan sejak ia pertama kali dilancarkan pada tahun 2013.
Perkara ini didedahkan oleh Rodney Reece, pembangun yang bertanggungjawab memasukkan easter egg tersebut, yang mana beliau kini tidak lagi bekerja untuk Naughty Dog.
Kapal terbang ini boleh ditemui dalam The Last of Us Multiplayer, di dalam map Beach. Ia sememangnya sukar untuk kita perasan kerana kapal terbang itu telah diceraikan sedikit bahagiannya, diliputi dengan lumut dan rumput menjalar, serta kelihatan sangat lapuk kerana berada dalam dunia pasca-apokalips.
Kata Reece lagi, kehadiran kapal terbang Sully ini bukanlah canon, bermakna ia tiada kena mengena antara jalan cerita Uncharted dengan The Last of Us. Ia hanyalah easter egg semata-mata.
Comments
Loading…