in , , , ,

Ada Easter Egg Mortal Kombat Dalam For Honor, Korang Perasan Tak?

Korang mesti tak perasan, kan? Kan?

Di sebalik For Honor yang merupakan sebuah game fighting yang menggunakan senjata-senjata tajam, terdapat satu easter egg yang diselitkan dengan sebuah lagi game fighting, iaitu Mortal Kombat.

Seorang redditor telah perasan, yang mana kita semua tidak, bahawa terdapat satu babak dalam Mortal Kombat yang diselitkan di sebuah penjuru dalam satu map di For Honor. Lihat gambar di bawah, pastinya mengingatkan kita tentang babak pit stage yang terdapat dalam Mortal Kombat 2.

Watak yang berapi itu adalah Blaze, karakter daripada Mortal Kombat: Deadly Alliance, Mortal Kombat: Armageddon dan Mortal Kombat: Unchained, yang mana karakter ini pernah ditampilkan dalam banyak siri dalam francais ini, termasuk yang terbaru, Mortal Komnat X. Manakala, seorang lagi watak itu adalah Hornbuckle.

Nampaknya, salah seorang developer di Ubisoft yang membangunkan For Honor ini adalah peminat tegar francais Mortal Kombat.

Sesi open beta untuk For Honor baru sahaja tamat awal pagi tadi. Dalam pandangan Suka Duka Beta: For Honor, apa yang membuatkan kami begitu seronok memainkan game ini adalah, ia adalah game perlawanan pedang paling unik dan realistik pernah kami mainkan.

For Honor akan dilancarkan pada 14 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Kredit VG247.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Apa Yang Kita Tahu Tentang Red Dead Redemption 2 Setakat Ini

Red Dead Redemption 2: Info Terbaru Tentang Versi PC Telah Leaked!

Hideo Kojima dan Mads Mikkelsen Ceritakan Saat Bibit-Bibit Bromance Mereka Bermula!

Hideo Kojima dan Mads Mikkelsen Ceritakan Saat Bibit-Bibit Bromance Mereka Bermula!