Sejak belakangan ini, kita telah menemui beberapa easter egg antara siri Uncharted dan The Last of Us.
Kali ini, ada satu lagi easter dalam Uncharted telah kita ketahui, namun ia bukan datang dari The Last of Us atau mana-mana game Sony, tetapi dari game Ubisoft.
Sebenarnya, dalam Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy, terdapat satu ciri yang diinspirasikan daripada siri Assassin’s Creed — iaitu ciri ‘synchronizations’ yang cukup sinonim dalam game open-world itu apabila ingin membuka eksplorasi-eksplorasi baharu di satu-satu kawasan.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Jonathan Cooper, iaitu pembangun yang memasukkan easter egg ini ke dalam kedua-dua game itu, yang mana beliau turut pernah terlibat membangunkan siri Assassin’s Creed.
Dapat kita lihat dalam dua video di bawah, Nathan Drake (Uncharted 4) dan Chloe Frazer (Lost Legacy), apabila berada di puncak menara, kamera akan berpusing 360 darjah untuk melihat kawasan sekitar.
Cara untuk menghidupkan easter egg ini adalah dengan hanya membiarkan controller tidak disentuh untuk beberapa saat. Malah dalam Lost Legacy, Chloe turut melakukan gerakan Yoga ketika kamera sedang berpusing.
Apalah lagi agaknya easter egg yang masih tersembunyi dalam game-game yang biasa kita mainkan.
Comments
Loading…