in , ,

Ada Cameo Stan Lee Dalam Dalam Marvel’s Spider-Man Di PS4!

Semasa game eksklusif akan datang Sony, Marvel’s Spider-Man sedang hangat diperkatakan kini, ramai yang tertanya-tanya — adakah Stan Lee akan ditampilkan sebagai cameo dalamnya nanti?

Bergembiralah kepada semua yang inginkannya kerana Stan Lee memang ada ditampilkan sebagai cameo dalam game yang dibangunkan oleh Insomniac Games ini!

Stan Lee dalam Marvel’s Spider-Man di PS4.

Spoiler kecil di bawah!

Seperti cameo-nya yang selalu ditampilkan dalam filem-filem Marvel, Stan Lee hanya muncul dalam beberapa saat sahaja, yang mana pemain boleh terlepas pandang jika tidak memandangkan ke arah skrin semasa beliau muncul.

Stan Lee pada kali ini muncul sebagai tuan kedai makan. Peter Parker dan Mary Jane bertemu di kedai makan tersebut, dan kemudian Peter Parker terpaksa bergerak dari situ kerana ternampak kereta polis sedang bergegas. Semestinya Peter perlu melakukan tugas sebagai Spider-Man dan meninggalkan Mary Jane di kedai tersebut.

Seterusnya, Stan Lee pun muncul dan menegur Mary Jane.

Babak ini berlaku boleh dikatakan pada jalan cerita yang agak awal.

Kami kini sedang bermain Marvel’s Spider-Man dan review Boleh Beli or Boleh Blah!? akan kami keluarkan dalam masa terdekat! Nantikan!

Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada 7 September.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kontinjen Esports Negara Ke IESF World Championship 2018 Sudah Terpilih!

Pelakon Superman, Henry Cavill Akan Melakonkan Watak Geralt of Rivia, The Witcher!