in , ,

Ada Apa Dengan Bigo Live, Jana Pendapatan Dan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia Championship?

Bigo Live merupakan sebuah ekosistem gaming yang semakin meningkat naik dan meniti di bibir para gamer. Di platform ini, ianya cukup mudah untuk gamer mengadakan livestream, atau menonton livestream sedia ada dari streamer-streamer tempatan dan seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun belakangan ini, sememangnya banyak platform livestream yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Malah, di kala wabak pandemik global melanda tahun lalu, ramai yang sudah mula menukar kerjaya untuk menjadi seorang streamer.

Namun, dalam pelbagai platform streaming yang ada, apa yang membuatkan Bigo Live berbeza dan istimewa berbanding yang lain?

Streamer yang berjaya melengkapkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh Bigo Live mampu menjana pendapatan asas untuk kandungan livestream gaming di platform itu.

Tiada bilangan hadiah minimum yang perlu diterima oleh streamer di Bigo Live. Sebaliknya, streamer hanya perlu mencapai satu jumlah jam dan hari yang ditetapkan oleh Bigo Live ketika mengadakan streaming di aplikasi itu.

Lebih tinggi bilangan penonton mereka kumpulkan, lebih tinggi pendapatan yang mampu dijana. Streamer akan diberikan ganjaran setimpal dengan jumlah jam dan hari yang mereka stream.

Apa tunggu lagi? Bigo Live kini sememangnya sedang mencari dan merekrut penyampai, hos, dan streamer untuk sama-sama memeriahkan platform ini. Berminat? Korang boleh terus klik dan isi borang ini untuk berpeluang bekerjasama dengan Bigo Live.

Di samping itu, kalau korang nak tahu, Bigo Live juga kini sedang mengadakan kerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia Championship (MMC) sebagai rakan penyiaran langsung rasmi untuk kejohanan itu tahun ini. Kesemua perlawanan dalam kejohanan game MOBA itu akan disiarkan di Bigo Live.

MMC menampilkan lebih daripada 800 pasukan amatur — berentap untuk merebutkan hadiah terkumpul berjumlah RM30,000, serta 252,000 Bigo Live diamonds yang boleh digunakan di platform itu kelak.

MMC telahpun memulakan pusingan kelayakan peringkat negeri pada Ogos lalu. Separuh akhir sedang berlangsung sekarang, manakala perlawanan akhir pula akan diadakan pada 7 Oktober ini.

Segala perkembangan terkini kejohanan ini korang boleh layari laman MESF.gg/MMC

Sudah bosan dengan platform streaming sedia ada dan ingin menyaksikan Mobile Legends: Bang Bang Malaysia Championship (MMC) dengan penuh debaran? Muat-turun Bigo Live sekarang melalui Android di sini, dan iOS di sini.

Artikel ini ditaja oleh Bigo Live Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Trilogi GTA Remastered Tertiris Di Laman Web Badan Rating Korea Selatan, Mungkin Dilancarkan November

Death Stranding Director’s Cut: Boleh Beli or Boleh Blah!?