Lagi elok main CoDM pakai controller dari main pakai mouse dan keyboard ye tak?

Dengan kejayaan pelancaran game Call of Duty Mobile di platform iOS dan Android yan mencapai 35 juta download, ramai peminat kecewa kerana game ini tidak hadir dengan sokongan controller seperti yang terlihat di dalam versi Beta game tersebut.

Bagaimanapun, Chris Plummer, VP Mobile Activision mengesahkan mereka telah menguji sokongan controller dan melihat kepada kemungkinan mewujudkan lobby berbeza khas bagi mereka yang menggunakan controller – sepertimana mereka mengasingkan pemain first-person dan third-person di dalam mode Battle Royale game tersebut.

Masih tiada berita tentang penggunaan mouse dan keyboard yang berleluasa di dalam mobile game tersebut. Pengguna mouse dan keyboard, korang masih selamat.

JomKomen!