in , , ,

Activision Mula Mengacah Logo Call of Duty: Modern Warfare 2

Februari lalu, Activision telah mengesahkan yang Call of Duty utama yang akan dilancarkan pada tahun ini adalah sekuel kepada Modern Warfare yang dilancarkan pada tahun 2019.

Terbaharu, mereka telah berkongsikan logo, sekaligus mendedahkan judul rasmi game tersebut, iaitu, seperti dijangka, Modern Warfare 2.

Tiada butiran lanjut didedahkan setakat ini, dan mereka dijangka akan berkongsikan mengenainya dalam masa terdekat ini.

Beberapa bulan lalu, Activision telah mengesahkan yang terdapat dua game Call of Duty yang akan dilancarkan pada tahun ini, yang mana kedua-duanya akan dibangunkan oleh Infinity Ward, termasuk Modern Warfare 2 ini.

Kedua, mereka juga telah mengesahkan bahawa sebuah game Warzone baharu sedang dalam pembikinan, dibangunkan dari kosong. Activision mengatakan yang pengalaman baharu Warzone ini akan membawakan evolusi kepada battle royale dengan ruang bermain (playspace) serba baharu, serta mode sandbox baharu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Disney Umum Dreamlight Valley, Game Percuma Simulasi Kehidupan Untuk PC, Konsol

Microsoft Umum Adakan Acara Khas Xbox, Bethesda Pada Jun Ini Menggantikan E3