Setelah perpisahan Bungie dan Activision pada 11 Januari 2019, Pomerantz LLP menyiasat tuntutan mewakili pelabur dari Activision Blizzard Inc.

Penyiasatan ini dijalankan setelah menimbulkan keraguan sama ada Activision dan beberapa orang penting di dalam syarikat tersebut pernah terkotor tangan dengan membuat perundingan di bawah meja.

Laporan siasatan tersebut adalah untuk membuka mata kepada pemegang saham dan peluang untuk memberi keterangan dan bukti penuh dari pihak pelabur Activision Blizzard.

Dalam masa 5 hari pertama Destiny dilancarkan pada 2014, video game itu mendapat jualan pasaran sebanyak $325 juta. Perpisahan mereka telah menyebabkan saham Activision dan Blizzard jatuh.

Sumber: Comicbook.com

JomKomen!