in ,

Activision Dan Tencent Bekerjasama Untuk Bawakan Call of Duty Mobile Di China, Akan Jadi Free-To-Play

Call of Duty pula akan menerjah platform mobile.

Activision dan Tencent sedang bekerjasama untuk membawakan Call of Duty ke platform mobile di China. Game tersebut akan menjadi game percuma (free-to-play) dan menampilkan karakter, map, mode dan senjata dari pelbagai siri Call of Duty, lapor Business Wire.

Pembangunan game ini akan diketuai oleh studio mobile yang terkenal daripada Tencent, iaitu Timi, dan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Ini kenyataan yang dikeluarkan pengurus besar francais Call of Duty, Rob Kostich:

“Kami sedang bekerja rapat denagan salah satu studio mobile Tencent yang mantap, Timi, untuk membangunkan sebuah pengalaman Call of Duty yang seronok dan original yang menyampaikan gameplay dan mekanik yang mantap kepada pemain mobile. Call of Duty telah menerajui pengalaman aksi first-person di seluruh dunia untuk beberapa tahun dan melihat ia akan dihidupkan ke platform mobile adalah sangat mengujakan. Kami tidak sabar untuk peminat bermain.”

Ini pula kata-kata daripada senior naib presiden Tencent Holdings, Steven Ma mengenai kerjasama ini:

“Tencent teruja untuk membawakan francais video game konsol no. 1 teratas di dunia untuk lapan hingga sembilan tahun lalu kepada jutaan pemain game mobile di China. Kami akan bawakan bermacam karakter, kandungan dan mode daripada francais yang hebat ini kepada satu mobile game Call of Duty baru yang akan memenuhi citarasa dan cara bermain pemain mobile di China. Kami memandang ke hadapan untuk mendedahkan judul ini dalam masa terdekat dan melancarkan game ini di China dalam beberapa bulan akan datang.”

Buat masa ini, nampaknya mereka hanya akan memfokuskan Call of Duty mobile ini untuk pasaran China sahaja. Mahukah korang ia dilancarkan ke seluruh dunia?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Epic Games Sahkan Fortnite Untuk Android Takkan Keluar Di Google Play Store Kerana Mahu Elak Yuran 30%

Epic Games Sahkan Fortnite Untuk Android Takkan Keluar Di Google Play Store Kerana Mahu Elak Yuran 30%

Syed Saddiq Mahu Jadikan Malaysia Sebagai Hab Esports Di Asia Tenggara, Akan Bertemu Dengan ESL Dan Razer