Yang mana satu berkenan di hati?

Semalam Acer telah mengumumkan barisan desktop, laptop, monitor dan aksesori mereka di acara [email protected] di New York. Jom tengok, kot ada yang berkenan. Boleh beli sebagai PC raya.

Pertama sekali adalah Desktop Gaming Nitro 50 yang dikuasai 8th Gen Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce GTX 1070. Korang boleh pasang sehingga 4 monitor ke desktop ini – pastikan GPU pilihan cukup power lah! Harganya dijangka sekitar ~RM3,180.82.

Desktop kedua diumumkan adalah Desktop Gaming Predator Orion 5000 yang lebih berkuasa dan boleh memuatkan processor sehingga 8th Gen Intel Core i7 +8700K, chipset Intel Z370 terbaru serta 2 NVIDIA GeForce GTX1080Ti SLI. Harganya dijangka sekitar ~RM5,966.47.

Dalam siri yang sama juga adalah Desktop Gaming Predator Orion 3000 yang dikuasai processor 8th Gen Intel Core i7+ dan NVIDIA GeForce GTX1080. Yang ni pula dijangka berharga ~RM3,976.32.

Kalau dah ada Desktop, kenalah ada monitor. Jadi Acer turut mengumumkan siri monitor Nitro VG0 dan RG0. Kedua-duanya dilengkapi panel IPS, dengan 1ms VRB serta AMD Radeon FreeSync.

Acer Nitro VG0 (harga bermula dari ~RM517.40) akan hadir dengan saiz 27,l 23.8 dan 21.5 inci, manakala Acer Nitro RG0 (harga bermula dari ~RM676.61) yang senipis 0.27 inci ini pula akan hadir dengan saiz 27 dan 23.8 inci.

Kalau laptop gaming yang korang cari, Acer turut mengumumkan Laptop Gaming Predator Helios 500 dan Predator Helios 300.

Predator Helios 500 (~RM7956.62) ini hadir dengan skrin 4K UHD atau FHD IPS 17.3-inci 144Hz, dan dikuasai 8th Gen Intel Core i9+ dan GeForce GTX 1070 – keduanya boleh di-overclock. Predator Helios 300 pula hadir dengan skrin FHD IPS 15.6 inci 144Hz dan dikuasai 8th Gen Intel Core i7+ dan GeForce GTX 1060 yang boleh di-overclock.

Bagi melengkapi barisan desktop, laptop dan monitor ini adalah aksesori gaming yang lain seperti:

Gaming Mouse Predator Cestus 510 dengan sensitivity sehingga 16,000DPI

Gaming Chair Predator yang menawarkan kusyen yang boleh ditanggalkan dan rekaan ergonomik dan selesa

Predator Hard Case untuk melindungi gaming rig korang

Mechanical Keyboard Predator Aethon 500 dengan RGB dan jangkahayat butang sehingga 70 juta keystroke

Mousepad Predator dengan pilihan permukaan plastik atau fabrik

Spesifikasi sebenar, harga dan jualan produk-produk ini mungkin berbeza. Semak www.acer.com untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.