Adakah korang berjiwa kental untuk menjadi juruterbang dalam Ace Combat 7? Jom kita baca review Ace Combat 7: Skies Unknown: Boleh Beli or Boleh Blah!

Ace Combat (AC) merupakan franchise yang bermula sejak 1995 di Playstation 1 (seawal 1993 jika korang ambilkira versi Arcade). Ace Combat merupakan arcade flight shooting game dan bukan jenis simulasi penerbangan (dan tak pernah acah-acah bajet mengaku game simulasi pon). Sehingga 2019, sebanyak 15 game telah dikeluarkan dan pada 18 Januari 2019, Ace Combat 7: Skies Unknown (AC7) telah dilancarkan pada PS4 dan Xbox One, dimana PC akan dilancarkan pada 1 Februari 2019 nanti.

Premis siri ini adalah memberikan pemain nikmat kegembiraan terbang dengan pesawat terkemuka & canggih sambil menghancurkan semua musuh pada skrin dengan bilangan peluru berpandu yang tak masuk akal.

 Kisah Konflik Disebalik Awan Kumulonimbus

Jalan cerita Ace Combat 7: Skies Unknown ini bermula pada tahun 2019 di dunia Strangereal dimana sedang berlaku konflik antara dua negara besar dunia iaitu Federation of Osea & Kingdom of Erusea sehingga mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai The Lighthouse War. Pembinaan International Space Elevator hasil dari konflik Circum-Pacific War (Ace Combat 5: The Unsung War) pada 2010 menjadi titik tolak konflik kali ini dimana pihak Erusea menganggap bahawa negara Osea cuba mengeksploitasi mereka melalui Space Elevator.

Tema bagi siri AC kali ini agak menarik kerana mengetengahkan drone/UAV (Unmanned Aerial Vehicle) yang digunakan oleh Erusea bagi peperangan kali ini sejajar dengan trend terkini dalam industri pertahanan & ketenteraan di dunia sebenar. Penggunaan drone/UAV secara tidak langsung membantu pihak Erusea dalam mengurangkan kebergantungan kepada juruterbang dan boleh beroperasi pada jarak yang amat jauh.

“Stick With Trigger And You’ll Make It!“  – Full Band, OADF’s 444th Fighter Squadron.

Dalam AC7, kita diperkenalkan dengan watak utama bagi siri ini iaitu Trigger. Seorang juruterbang dari Osea dan memegang callsign Mage 2 pada permulaan permainan. Tarikan terhadap kisah Trigger kali ini adalah berkenaan perjalanan beliau selaku Juruterbang Osea, kepada Banduan Jenayah dan kembali bangkit menjadi Wira dengan nama jolokan “The Three Strikes” sepanjang 20 misi.

Selain daripada Trigger, terdapat watak sampingan lain seperti Avril, Puteri Rosa, juruterbang lagenda Mihaly dan rakan-rakan pasukan yang lain yang membantu dalam menghidupkan suasana. Interaksi antara watak-watak ini majoriti dilaksanakan melalui dialog radio semasa misi yang merupakan trademark Ace Combat dari dulu.

Teknik penceritaan bagi siri ini menampakkan gabungan dari Ace Combat 4 & 5 dimana cutscene digunakan untuk lebih menunjukkan eksploitasi watak lain dilanda peperangan berbanding Trigger dan menggunakan teknik CG bagi watak-watak. Kelemahan apabila menggunakan teknik dari AC4 ini adalah pemain akan mendapati sukar mengaitkan diri dengan watak utama dan ini selalunya akan menyebabkan pemain tidak dapat menghayati watak Trigger dengan lebih berkesan.

Banduan Paling Teruk = Three Strikes. (Ni Bukan Brand Adidas Tau!)

Bagi pemain veteran siri Ace Combat yang lepas, terdapat beberapa ketika dan rujukan yang mungkin akan mengukir senyuman buat terkenang memori silam bermain siri yang lepas. Baik dari cutscene, sehinggalah ke lokasi misi terutamanya ending bagi siri kali ini.

Bagi pemain yang baharu (digelar ‘nugget’), tahap kesukaran siri kali ini sebenarnya agak tinggi dan memerlukan kesabaran dan latihan untuk menguasai kawalan jet yang diberikan pilihan samada kawalan default atau expert. Bagi menikmati pengalaman sepenuhnya, kawalan expert adalah digalakkan kerana ianya memberi lebih banyak kebebasan untuk melaksanakan skill-skill advance di udara seperti Split S, Pugachev’s Cobra dan Kulbit.

Sesetengah misi memang tahap merepek susah seperti cari lori di dalam ribut pasir dan dogfight semasa ribut petir. Jadi bersedia la untuk rage.

Namun begitu, rekaan kempen bagi AC7 mempunyai elemen puzzle yang perlu difikirkan oleh pemain bagi menyelesaikan sesuatu keadaan dan ini akan menyebabkan pemain bereksperimen berulang kali sehingga berjaya dan memberikan kepuasan dalam menyelesaikan puzzle tersebut.

Ini juga secara tidak langsung menjadikan sesi “Briefing” perkara yang penting bagi pemain untuk memberi perhatian kerana tips dan jenis musuh yang menjadi sasaran utama akan dimaklumkan melalui sesi ini. Kalau tak beri perhatian, siap sedia la ulang misi banyak kali. Siri kali ini juga tidak meletakkan fungsi arahan kepada Wingman seperti di Ace Combat Zero, maka semua taktik dan musuh memang pemain kena hadapi sendiri.

Bukan Ace Combat Kalau Tak Kena Bawak Jet Dalam Terowong

Seperti pada siri yang lepas, AC7 juga mempamerkan super weapon yang mengubah corak peperangan. Cuma kali ini ianya merupakan Kepintaran Buatan (A.I) dan bukan pesawat semata-mata. Super weapon pertama merupakan UAV Aircraft Carrier bernama Arsenal Bird dan yang kedua merupakan drone ADFX-11.

Terdapat 28 buah jet pejuang yang dapat dilihat dalam “Aircraft Tree” boleh dibeli menggunakan MRP yang boleh diperolehi melalui kempen & multiplayer. Kesemua jet ini boleh dilengkapi dengan perkakasan yang memberikan kelebihan seperti lebih laju, menambah kekuatan peluru, mesingan automatik dan kesemua peralatan ini ada limitasi slot & kos pemasangan bagi memastikan keseimbangan.

Juruterbang yang bijak akan menggunakan peralatan yang bersesuaian dengan objektif misi tersebut. Aircraft Tree bagi kempen & multiplayer dikongsi bersama dan ini sekaligus tidak membebankan pemain utk mengumpul kembali jet yang telah diperolehi melalui kedua-dua mode. Cuma disini terdapat beberapa komponen yang dikhaskan untuk kempen & ada yang untuk multiplayer sahaja.

Dentuman Guruh dan Sambaran Kilat

Visual bagi AC7 merupakan lonjakan yang besar berbanding dengan Ace Combat : Infinity dimana setiap model jet pejuang direka dengan teliti sehingga pantulan cahaya matahari juga jelas kelihatan pada cermin cockpit.

Perbezaan ketara bagi siri kali ini adalah penggunaan teknologi trueSKY dimana setiap awan dihasilkan mempunyai jisim yang boleh dilihat (partikel air di cermin) dan dirasai (gegaran) semasa jet menembusi gumpalan awan. Selain sebagai kesan visual, awan juga memain peranan yang besar yang boleh digunakan untuk mengagalkan navigasi peluru berpandu musuh dan ini amat berguna semasa mode multiplayer.

Walaupun resolusi dan tekstur yang tinggi digunakan bagi siri ini, namun tekstur daratan agak kelihatan hambar seperti siri yang lepas. Beberapa logo dan emblem pada jet juga ada menampakan tekstur rendah namun ianya bukan sesuatu yang mudah dikesan kecuali dilihat secara teliti. Sesekali terdapat masalah dalam melihat kepada HUD apabila jet dihalakan kepada sumber cahaya yang terang seperti matahari dan menjejaskan penglihatan untuk mencari sasaran.

Guruh dan deruan enjin jet yang berbeza-beza mengikut pengeluar dapat didengari dengan sangat jelas bagi meningkatkan tahap realisitik dan ketulenan pengalaman menggunakan jet sebenar. Selain daripada itu bunyi efek yang sinonim dengan siri Ace Combat juga ditambahbaik seperti perbualan radio.

Namun begitu, ada beberapa ketika efek bunyi seperti amaran peluru yang berterusan akan menganggu pemain dari mendengar perbualan radio yang selalunya akan memberikan objektif seterusnya. Musik latar belakang bagi AC7 amat memuaskan terutamanya pada misi-misi yang terakhir dan dilihat mempunyai persamaan dengan rentak dan tema music dari Ace Combat 4.

Bonus Feature

Terdapat mode multiplayer yang disertakan sekali namun hanya terdapat 2 jenis sahaja mod iaitu Team Deathmatch (2-4 vs per team) dan Battle Royale (sebenarnya Free-For-All je pon). Semua jet yang diperolehi semasa kempen boleh digunakan dalam multiplayer namun terdapat cabang khas untuk peralatan yang boleh digunakan untuk multiplayer sahaja.

Tiada mode co-op seperti dalam AC: Infinity atau Assault Horizon. Pemain boleh samada mencari lobi sedia ada atau menghasilkan sendiri lobi permainan dan set peraturan mengikut citarasa sendiri. Tiada fungsi matchmaking disertakan namun mencari lobi tidaklah sukar sangat dan masa menunggu di dalam lobi selalunya kurang dari 2 minit.

Dapat diperhatikan bahawa walaupun menggunakan wi-fi dan berkelajuan talian 1.5MB (aku try pakai wifi hotel), sesi multiplayer tidak menampakkan sebarang lag dan boleh dinikmati tanpa sebarang masalah besar. Tips untuk ‘nugget’, jangan masuk room yang tulis “Cost: Unlimited” kalau taknak jadi lauk dengan jet-jet Tier 1 macam F-22 & Su-57

VR Mode = Awesome Possum!

Bagi pemain platform PS4, terdapat mode khas iaitu mode VR yang mempunyai 3 misi dan hanya boleh dimainkan melalui PSVR. AC7 VR merupakan kes istimewa dimana fungsi VR diadaptasi dengan begitu bagus dan memberikan pengalaman yang unik seperti sortie dari Aircraft Carrier dan melihat B-52 terhempas semasa mendarat di depan mata.

HUD bagi misi VR hanya dibekalkan kelajuan & altitud dimana radar, informasi mengenai peluru perlu dilihat sendiri pada cockpit jet tersebut. Selain daripada 3 misi tersebut, pemain juga boleh memasuki Free Flight untuk mencuba mod VR tanpa perlu risau ditembak musuh ataupun mod Air Show dimana pemain akan berada di dek Aircraft Carrier sambil melihat pertunjukan udara ala LIMA.

Adalah disarankan jika bermain mode VR agar tidak melakukan sebarang perubahan pergerakan yang mendadak kerana ianya boleh memberi kesan motion sickness yang ketara. Tak pasal-pasal kang korang muntah kat PS4 lak.

Ace Combat 7 juga secara rasmi menyokong 2 flightstick yang boleh digunapakai iaitu Thrustmaster Hotas 4 dan Hori Hotas. Kedua-duanya mempunya kelebihan & kekurangan namun bagi yang mempunyai kekangan kewangan, disarankan untuk memilih Thrustmaster yang lebih murah. Flightstick ini boleh digunakan untuk kempen, multiplayer dan juga VR namun adalah dinasihatkan supaya memastikan pemasangan flightstick dalam keadaaan sangat utuh agar ianya sentiasa tetap di posisi yang dikehendaki bagi mengelakkan perkakasan tercabut dan bergerak semasa pertemputan sengit yang akan mengganggu konsentrasi dan mood.

Proses familiarisasi mungkin akan mengambil sedikit masa terutamanya berkaitan button mapping kerana tiada fungsi remapped disediakan. Bagi yang ingin menggunakan bersama-sama PSVR, pastikan anda sudah selesa dan menghafal kedudukan butang kerana visibility terhadap flightstick dan tangan akan hilang semasa memakai PSVR. Dan jangan teruja sangat dengan flightstick sampai pulas tak ingat dunia masa guna VR…ada yang muntah hijau kang.

Keputusan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

Secara ringkasnya, Ace Combat 7: Skies Unknown berjaya menawan kembali hati-hati penggemar siri ini dengan penambahbaikan dari segi audio, visual serta rentak permainan yang baharu yang bersesuaian samada anda adalah Veteran ataupun Nugget. Walaupun kisah konflik kali ini agak kurenggggg berbanding siri yang lepas, namun dengan mekanik permainan yang menarik dan mencabar ianya dapat menutup kekurangan yang terdapat pada jalan cerita.

Mode bonus seperti multiplayer & VR sememangya dihargai walaupun pengisian yang diberikan terlalu sedikit dan diharap Project Aces akan terus menyokong permainan ini dengan menghasilkan map serta mode baharu bagi multiplayer dan menambah bilangan misi VR yang menjadi buah mulut veteran Ace Combat seantero dunia.

Final Sortie:
Boleh Beli! bagi sesiapa yang nak enjoy terbang jet tanpa perlu buka & hafal mapped key macam game Flight Simulation.

Boleh Blah! bagi mereka yang tidak gemar bermain game yang memerlukan kawalan teknikal lincah.

+ Tema peperangan berteknologi moden berkait dunia sebenar. + Mengekalkan trademark character development AC melalui dialog radio. + Banyak rujukan kepada game-game AC lama. Nostalgia beb!
Cabaran mission yang boleh bikin amarah.
+ Elemen puzzle di dalam menyelesaikan beberapa mission. + 28 jet pejuang untuk diterbangkan.
+ Progression system Aircraft Tree bagi finetune jet pejuang.
+ Sistem cahaya dan cuaca yang mengagumkan.
+ Rekaan bunyian cuaca dan jet pejuang yang terperinci dan jitu.
+ Muzik yang memuaskan, hampir sama seperti Ace Combat 4.
+ Ada mode Multiplayer – Team Deathmatch & Battle Royale
+ Kebolehan bermain di dalam lobi dengan peraturan boleh dilaras.
+ Terdapat mode Virtual Reality untuk pengalaman penerbangan & peperangan lebih realistik.
+ Sokongan controller flightstick.

Cutscene tertumpu kepada watak sampingan, kurang dekat dengan watak utama.
Sistem kawalan yang kurang mesra-nugget (pemain baru). – Cabaran mission yang boleh bikin amarah.
Tekstur aset game yang kurang terperinci.
Tiada mode co-op. – Mode VR boleh menyebabkan motion sickness.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.