in ,

Acara PlayStation State of Play Mungkin Telah Tertiris, Berlangsung Bulan Depan

Walaupun Sony secara rasminya tidak terlibat dalam persidangan E3 2021, tentunya mereka tetap mempunyai perancangan mereka tersendiri untuk mengumumkan perkembangan baharu untuk PlayStation.

Terkini, acara State of Play dari PlayStation mungkin akan berlangsung pada 8 Julai ini.

Ura-ura ini hadir dari laporan sebuah laman web gaming berbahasa Perancis, JeuxVideo (via GamesRadar) yang menyatakan State of Play akan diadakan pada tarikh tersebut. Namun, sumber laman tersebut mungkin kurang kukuh kerana ia hanya berdasarkan satu komen yang kelihatan di Reddit oleh satu akaun yang tidak dikenali pada minggu ini.

Tapi tidak mustahil tarikh itu akan berlangsungnya State of Play kerana selepas trailer Death Stranding Director’s Cut diperlihatkan semasa Summer Game Fest, hos Geoff Keighley menyatakan yang butiran lanjut tentang game itu akan didedahkan dalam beberapa minggu akan datang — ramai menjangkakan semasa State of Play.

Sekiranya laporan ini sahih, antara game dijangka akan diumumkan dalam acara itu adalah sekuel mini kepada Ghost of Tsushima, yang dilaporkan berjudul Ghost of Ikishima.

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Sony.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CD Projek Red, Netflix Ingatkan Tentang Acara Khas WitcherCon Melalui Trailer Baharu

Ubisoft Yakin Rainbow Six Siege Dan Extraction Takkan Jatuhkan Antara Satu Sama Lain