in ,

Acara PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat, 10 Game PS4/PS5 Diperlihatkan

Setelah sekian lama menghilang, acara PlayStation State of Play akan kembali pada minggu ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sony mengatakan livestream tersebut akan berlangsung selama 30 minit — memaparkan 10 game yang bakal tiba untuk PS4 dan PS5. Game-game ini termasuklah game baharu yang bakal diumumkan serta perkembangan terkini game yang pernah diumumkan sebelum ini.

Sony turut menegaskan yang tidak akan ada sebarang perkongsian tentang hardware PlayStation atau apa-apa perkembangan berkaitan bisnes dalam livestream itu nanti.

Acara ini akan berlangsung pada 26 Februari 2021, 6 pagi (waktu Malaysia). Kita boleh saksikannya di Twitch dan Youtube.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Josef Fares Kongsikan Kepelbagaian Gameplay Dalam It Takes Two – Saksikan Trailer Terbaru

Semua Pemain PlayStation Dapat Ratchet & Clank Percuma Pada Mac, Play At Home Kembali