Satu lagi acara digital telah ditangguhkan disebabkan mahu memberi ruang kepada protes ‘Black Lives Matter’ yang sedang memanas di Amerika Syarikat.
CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa acara Night City Wire yang sepatutnya berkongsikan perkembangan terbaharu Cyberpunk 2077 pada 11 Jun ini telah ditunda.
Berbeza dengan Sony yang menundakan acara pendedahan PS5 dan Activision yang menangguhkan musim baharu Call of Duty yang tidak berkongsikan tarikh baharu, CD Projekt Red telah mengumumkan terus tarikh baharu acara tersebut bakal diadakan.
Tarikh baharu Night City Wire untuk perkongsian info lanjut Cyberpunk 2077 ialah pada 25 Jun ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan CDPR berkata:
“Kami tidak sabar untuk berkongsikan maklumat baharu tentang Cyberpunk 2077, tapi perbincangan lebih mustahak sedang berlaku ketika ini dan kami mahu ianya didengari. Kami dengan sepenuh hatinya berdiri bersama menentang perkauman, tiada toleransi dan keganasan. Black Lives Matter.”
We decided to move Night City Wire to Jun 25th. We still look forward to sharing new information about CP’77, but more important discussions are happening right now and we want them to be heard. We wholeheartedly stand against racism, intolerance and violence. Black Lives Matter.
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) June 2, 2020
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 17 September 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.
JomBaca: Ini Jadual Penuh Setiap Acara Digital Dan Livestream Yang Menggantikan Konvensyen E3 2020
Comments
Loading…