Pada asalnya, Sony dilaporkan menjadualkan acara pendedahan untuk PlayStation 5 pada 3 Jun ini, lapor Bloomberg.
Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyatakan yang perancangan Sony ini telah berubah-ubah, dan mungkin tarikh asal ini akan bertukar ke tarikh lain. Bermakna, harapan itu masih ada bahawa Sony akan mengadakan acara tersebut, seawal-awalnya pada minggu hadapan, kerana tiada sebarang pengumuman rasmi lagi, namun kemungkinan yang ia akan tertangguh juga ada.
Acara ini dikhabarkan akan memfokuskan kepada pendedahan game-game yang bakal hadir ke PS5 dan tidak menjangkakan untuk “mendedahkan setiap perincian penting” bagi konsol generasi akan datang itu.
Beberapa siri acara berterusan akan diadakan dalam minggu-minggu dan bulan-bulan mendatang. Atau dalam kata lain mereka akan mendedahkan setiap butiran PS5 sedikit demi sedikit, sama seperti bagaimana Microsoft lakukan untuk Xbox Series X.
Buat masa ini, Sony masih menjadualkan PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Untuk mengetahui setiap berita dan pengumuman rasmi yang telah diumumkan Sony untuk PS5, korang boleh klik di sini.
Comments
Loading…