Sudah agak lama sebenarnya Sony tidak mengadakan acara PlayStation mereka, iaitu State of Play, yang benar-benar menarik perhatian ramai.
Bahkan, State of Play yang terakhir sebelum ini hanya berkongsikan beberapa game dari pihak ketiga, yang berlangsung pada Oktober 2021.
Terkini, terdapat laporan baharu yang mengatakan sebuah acara PlayStation yang besar bakal berlangsung sekitar Februari akan datang.
Khabar ini datang dari wartawan tersohor, Tom Henderson, yang mana beliau berkata walaupun hanyalah satu lagi State of Play, namun beliau berpendapat yang kali ini ia berpontensi menampilkan sesuatu yang “agak besar”.
Apabila seorang pengikutnya menanyakan apakah acara itu kelak akan menyajikan perkembangan mengenai Hogwarts Legacy, Henderson hanya mengulangi kata-katanya sebelum itu bahawa “berpontensi menampilkan sesuatu yang agak besar”.
Hogwarts Legacy merupakan sebuah game RPG baharu berlatarbelakangkan universe Harry Potter, atau lebih dikenali sebagai Wizarding World. Game ini pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada 2020, kemudian ditunda ke 2021, dan ditangguh lagi ke 2022.
Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi laporan berasingan yang mengatakan game ini mungkin akan dilancarkan lebih awal daripada jangkaan ramai.
Sekiranya khabar mengenai acara ini benar, tentunya Sony akan turut memperlihatkan trailer atau gameplay baharu untuk Horizon Forbidden West yang juga akan dilancarkan pada bulan sama, iaitu 18 Februari ini.
Atau mungkin juga Sony akan berkongsi lanjut mengenai PlayStation VR2 dan Horizon Call of the Mountain.
Comments
Loading…