Selepas penubuhan APU Esports Malaysia Academy, sebuah lagi akademi esports telah ditubuhkan di Johor! Untunglah korang, industri esports semakin menjadi-jadi!

Academy of Sports (AOES) yang terletak di Iskandar Puteri, Johor ini mula menawarkan kursus pendidikan dan pensijilan bukan sahaja bagi mereka yang ingin menjadi atlit esports DotA 2, malahan bagi mereka yang ingin bekerja di belakang tabir dalam menganjurkan acara esports DotA 2.

Menurut Presiden dan CEO Iskandar Investment, Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad berkata, akademi ini adalah langkah pertama mereka dalam menjadikan Iskandar Puteri sebagai hab esports di rantau Asia Tenggara.

Akadami ini akan memulakan sesi pengajian mereka dengan DotA 2 Training Bootcamp selama seminggu PERCUMA dari 9 Oktober ke 23 Disember.

Selepas itu, mereka akan mengikuti kelas-kelas dari hari Isnin ke Sabtu selama 8 bulan dengan tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih seperti Wilson ‘ShenGG’ Quak, Muhammad ‘Groov’ Yusuf dan Kieran ‘ZergRush’ Lam.

Kursus bertaraf vokasional selama 8 bulan ini ditawarkan pada harga RM8,500 bagi warga Malaysia dan RM11,250 bagi warga asing. Silibus pengajian juga telah disenaraikan di laman web rasmi mereka.

Berminta? Daftarlah diri korang di laman rasmi mereka di www.academyofesports.com.my

Semoga maju jaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.