in , ,

Abandoned Diumumkan, Game Seram First-Person, Eksklusif PS5, Saksikan Teaser Pertama

Sony dan Blue Box Game Studios telah mengumumkan sebuah game seram baharu, menggunakan pandangan first-person, berjudul Abandoned.

Abandoned merupakan sebuah game eksklusif PlayStation 5 yang akan memanfaatkan teknologi di konsol terkini itu seperti penggunaan DualSense Wireless Controller dan audio 3D.

Game ini dikatakan sebuah game yang akan memfokuskan kepada detik penuh debaran setiap kali bertembung dengan musuh. Ia bukan game yang pemain perlu tembak dan lari dalam rentak yang pantas, tapi lebih memerlukan pemain untuk bersembunyi dan merancang sebelum melepaskan tembakan.

Jom layan teaser trailer pendek ini, yang masih belum ada gameplay:

Abandoned dijadualkan dilancarkan pada suku keempat 2021, eksklusif untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES 2021 Mobile Sudah Mencapai 400 Juta Muat-Turun

Netflix Dapat Hak Tayang Filem-Filem Sony Pictures Selepas Keluar Wayang, Bermula Dengan Uncharted