in , , , , ,

A Way Out: Korang Hanya Perlu Beli Satu Salinan Sahaja Untuk Main Co-Op Online Bersama Rakan

Dipersembahkan khas oleh pengarah A Way Out dengan penuh bersemangat semasa berada di The Game Awards.

Sebelum trailer ini ditonjolkan kepada audiens, Josef Fares tidak dapat menahan keterujaannya semasa berlangsungnya The Game Awards pada hari semalam.

Ketika tiba masa beliau untuk mempersembahkan A Way Out, Fares amat kagum dengan skala anugerah ini berbanding anugerah Oscars dan terus melontarkan perasaan sepenuh hati dengan melaungkan “F*** the Oscars!”. Impak lagi gempak kalau anda tonton video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=Dxe8MPQktj8

Selain ucapan mesej bermakna itu, Fares komen sedikit tentang EA dengan kontroversi microtransactions dan lootbox itu tidak akan memberi kesan kepada A Way Out.

“Kadang kala, penerbit (merujuk kepada EA) pun ada buat kesilapan juga. Saya dapat layanan baik oleh EA. Segala keuntungan A Way Out akan diberikan terus kepada studio kami,” seloroh Fares.

Dibangunkan oleh Hazelight Studio yang terkenal dengan Brothers – A Tale of Two Sons, A Way Out baru-baru ini diumumkan semasa persidangan EA pada E3 2017 menampilkan suatu bentuk gameplay baru iaitu ‘split screen co-op’.

Melalui game ini, anda boleh berkongsi pengalaman cerita memfokuskan tentang dua banduan, Vincent dan Leo dalam dua skrin berbeza bersama-sama kawan anda sama ada online ataupun bermain di sisi anda.

Apa yang paling menarik sekali adalah kepada pemain yang sudah membeli A Way Out, anda berpeluang untuk menjemput seorang kawan anda untuk bermain bersama-sama dengan anda dari permulaan cerita sehingga ke akhir cerita.

Dalam erti kata lain, anda hanya perlukan satu salinan game ini sahaja untuk bermain bersama-sama dengan geng anda!

Mari kita lihat trailer A Way Out menampilkan karakter peribadi berbeza Vincent dan Leo:

Anda boleh lolos keluar dalam A Way Out yang akan tiba pada 23 Mac 2018 untuk PC, Xbox One dan PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Tunda Tarikh Pelancaran Far Cry 5 Dan The Crew 2

Saksikan Norman Reedus Sebagai Protagonis Utama Dalam Trailer Terbaru Death Stranding