A Way Out dilancarkan pada Mac 2018. Selepas hanya sebulan dilancarkan, game ini berjaya terjual sebanyak 1 juta salinan.

Terkini, selepas lebih daripada setahun dikeluarkan, A Way Out akhirnya berjaya mencapai angka jualan sebanyak 2 juta salinan.

Hazelight Studios mengumumkan berita ini melalui satu tweet, yang mana turut berterima kasih kepada para peminat yang telah bersama-sama menjalani kisah Leo dan Vincent. Mereka turut mengacah game co-op seterusnya yang sedang mereka bangunkan, mengatakan para pemain akan jadi “gila” dengan game tersebut.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis mengatakan, “Sekiranya korang mahukan sebuah game yang fokus kepada jalan cerita yang mantap serta gameplay yang agak ringan, menikmatinya bersama pemain kedua korang – ini adalah sebuah game yang BOLEH BELI untuk korang.”

JomKomen!