in ,

99% Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5, Kata Bos PlayStation

Fungsi backward compatibility antara PS4 dan PS5 sentiasa menjadi topik hangat. Kita sentiasa tertanya-tanya, berapa banyak game yang akan menyokong fungsi ini sebenarnya?

Ketika bercakap kepada The Washington Post, CEO PlayStation, Jim Ryan telah mengesahkan bahawa sejumlah 99 peratus game PS4 akan boleh dimainkan di PS5 melalui fungsi backward compatibility.

Ryan telah mengatakan bahawa ribuan game PS4 telah diuji untuk fungsi backward compatibility yang dimainkan di PS5, dan seterusnya mengesahkan yang 99 peratus daripada kesemua game yang pernah dilancarkan di PS4 akan menyokong fungsi ini.

Bagi yang tidak tahu, backward compatibility bukanlah satu ciri yang akan menyajikan keupayaan-keupayaan PS5 seperti grafik yang lebih cantik atau prestasi yang lebih bagus. Fungsi backward compatibility hanya akan membenarkan game-game PS4 ini dimainkan di PS5 sama sahaja seperti mana ia dimainkan di konsol PS4, tiada beza.

Berbeza dengan game-game yang sememangnya diumumkan mempunyai kelebihan-kelebihan yang dibikin khas untuk PS5, maka itu adalah berbeza. Antara game itu ialah seperti Cyberpunk 2077, The Witcher 3, Horizon Forbidden West, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan lain-lain — yang sememangnya diumumkan mempunyai versi khas untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Horizon Forbidden West Disasarkan Pelancarannya Pada 2021, Tiada Skrin Loading

Horizon Forbidden West Dan Spider-Man: Miles Morales Akan Turut Dilancarkan Ke PS4

Hogwarts Legacy: Game Aksi RPG Dalam Dunia Harry Potter Era 1800-an

Saksikan Semua Trailer Semasa Acara Khas PS5 – Final Fantasy XVI, Hogwarts Legacy, God of War, Banyak Lagi