Pertandingan DotA 2 Valve Minor ESL One Genting kembali lagi! Ini apa korang patut tahu kalau korang peminat DotA 2 dan pemerhati scene esports Malaysia!
1. Diadakan Di Puncak Resort World Genting! Dah Beli Tiket Belum?

ESL One Genting 2018 akan berlangsung 23-28 Januari ini di Arena of Stars, Resort World Genting! Acara group stage akan berlangsung dari 23-25 Januari, dan acara utama akan berlangsung dari 26-28 Januari.

Seperti tahun lepas, dijangka peminat-peminat DotA 2 dari seluruh dunia akan turun meramaikan majlis nanti! Korang boleh beli tiket untuk Group Stage Public Viewing DI SINI, atau korang boleh beli tiket ke Main Event DI SINI.

2. Arena of Stars, Resort World Genting Boleh Memuatkan 6,000 Orang Sekaligus!
Amphiteater Arena of Stars berkeluasan 45,000 kaki persegi ini sekali lagi menjadi tapak acara ESL One Genting. 6,000 orang akan berkampung di Arena of Stars sepanjang acara grand finals 3 hari tersebut, memeriahkan dan memberi sokongan kepada pasukan DotA 2 kegemaran mereka.
3. Wang Hadiah Terkumpul Sejumlah USD400,000 (~RM1.6 juta)!
ESL One Genting 2018 selaku pertandingan DotA 2 Minor menawarkan wang hadiah terkumpul daripada Valve sebanyak USD400,000 (~RM1.6 juta)! Semestinya pasukan juara akan merebut sebahagian besar daripada wang tersebut! Korang bila lagi? #GamingBukanSiaSia
4. 16 Pasukan DotA 2 Antarabangsa Turun Padang!
Selaku tournament Valve Minor, ESL One Genting 2018 bukan sahaja menawarkan wang hadiah kemenangan. Tournament ini turut menawarkan 400 mata kelayakan yang boleh membantu 8 pasukan mendapatkan direct invite ke The International 8 nanti!
Semestinya ini menjadi tarikan buat pasukan DotA 2 seluruh dunia untuk turun padang dan merebut mata kelayakan tersebut! Terdapat 16 pasukan tersenarai, dan mereka adalah:
ESL One Genting 2018 Direct Invites
- Newbee
- Mineski
- Virtus.pro
- Team Liquid
- Evil Geniuses
- Team Secret
- Vici Gaming
- Fnatic
ESL One Genting 2018 Qualified Teams
- Planet Dog
- PENTA Sports
- Natus Vincere
- TNC Pro Team
- LGD Forever Young
- VGJ. Thunder
- compLexity Gaming
- SG e-sports
5. Selebriti, Host dan Analyst DotA 2 Antarabangsa Bakal Memeriahkan ESL One Genting 2018!
Sebagai pertandingan DotA 2 bertaraf antarabangsa, selayaknya ianya dimeriahkan dengan personaliti-personaliti dari scene DotA 2 seluruh dunia!
- Host: Eri Neeman
- Desk Host: Paul “Redeye” Chaloner
- Sideline Reporter: Jacob “SirActionSlacks” Kanner
- Analyst: Alan “Nahaz” Bester
- Analyst: David “Godz” Parker
- Analyst: Ioannis “Fogged” Loucas
- Commentator: Trent “TrentPax” MacKenzie
- Commentator: Austin “Capitalist” Walsh
- Commentator: William “Blitz” Lee
- Commentator: Owen “ODPixel” Davies
Cumanya, kitorang di JomGaming mengharapkan adanya commentator atau analyst dari Malaysia yang turut serta di dalam acara ini untuk menyuntik elemen tempatan dalam siaran pertandingan ini.
6. ESL One Genting 2017 Menangi Anugerah Acara Esports Terbaik Asia – Edisi 2018 Pasti Lebih Meriah!

Di acara SPIA Asia – Asia’s Sports Industry Awards & Conference, ESL One Genting 2017 telah memenangi anugerah Acara Esports Terbaik Asia tahun 2017! Semestinya ESL dan Resort World Genting ingin menjadikan edisi 2018 lebih besar dan lebih meriah!
7. ESL One Genting 2018 Sasarkan Pecah Rekod Tontonan Berbanding Tahun Lepas!
Sepanjang acara ESL One Genting 2017, 11.4 juta penonton dari seluruh dunia telah menyaksikan 4.5 juta jam online content! Semestinya tahun ini, nombor-nombor ini akan menjadi penanda aras untuk dikalahkan!
8. Tahun ini Valve Minor, Tahun Depan Valve Major Pula?

Bercakap di acara Press Conference ESL One Genting 2018 semalam, En. Kevin Tann, Vice President of Promotions & Entertainment berkata, “Selepas kejayaan ESL One Genting 2017, edisi 2018 dinaiktaraf menjadi acara Valve Minor. Mungkin selepas kejayaan ESL One Genting 2018, edisi yang akan datang akan menjadi lebih besar!”
9. Korang Boleh Saksikan ESL One Genting 2018 Di Twitch Dan Astro!
Tiket mahal? Dah habis? Takde masa nak ke ESL One Genting? Takpe, kitorang faham. Korang boleh juga tengok pertandingan ini di Twitch (kitorang akan kemaskini artikel dengan link-link stream yang sepatutnya nanti) dan Astro eGG Ch 808.
Bagaimanapun, team JomGaming akan berada di sana nanti untuk merakam kemeriahan dan kegemilangan ESL One Genting 2018.
Gerak dulu. Apa-apa hal, roger!
Comments
Loading…