in ,

9 Kisah Benar Korang Patut Tahu Tentang Filem Street Fighter!

Pada awal tahun 1990-an, seluruh dunia mengenali Street Fighter II, game mesin arked yang kompetitif dan menyeronokkan sehingga terjual sebanyak 15 juta salinan!

Menyedari populariti tersebut, game itu dibawa ke layar perak. Berikut adalah benda-benda yang mungkin korang tak tahu pasal filem klasik ini!

1. Diarah Steven De Souza, Pengarah Filem Seperti  Commando, Die Hard, Hudson Hawk, and Judge Dredd!

Pada awalnya, De Souza tidak berminat untuk menjadikan Street Fighter sebagai sebuah filem yang berkonsepkan kejohanan seni mempertahankan diri.

Beliau mahukan sebuah filem seperti pengembaraan James Bond, dan ini turut diingini oleh Capcom! Semasa mesyuarat diadakan, pihak Capcom datang dengan membawa beberapa hasil karya seni untuk membantu De Souza dan satu gambar menunjukkan Bison ialah penjenayah yang paling dikehendaki di dunia dengan berkonsepkan gaya lukisan seperti filem James Bond.

2. Jean-Claude Van Damme Dibayar USD8 Juta Untuk Menjadi Guile!

Capcom memutuskan yang filem itu memerlukan bintang yang terkenal.

Produser mula mendekati Jean-Claude Van Damme (JCVD), namun pelakon terkenal itu tidaklah murah kerana baru meraih populariti dari kejayaan filem Timecop. Bagi karakter Bison, produser mendekati pelakon Raul Julia. Raul menerima tawaran tersebut kerana anak-anaknya merupakan peminat game Street Fighter.

3. 15 Karakter Street Fighter Klasik Diabadikan Dalam Filem Ini

Satu lagi cabaran kepada pengarah Street Fighter, Steven De Souza adalah cuba meyakinkan Capcom untuk membiarkan beliau memfokuskan kepada tujuh atau lapan karakter berbanding 19 karakter dalam satu filem.

Beliau berkata ia agak janggal untuk memuatkan 19 karakter ke dalam filem berdurasi 100 minit. De Souza juga berkata setiap kali beliau menghantar draf kepada pihak Capcom, mereka akan menekan De Souza untuk menambah lebih banyak karakter. Filem ini akhirnya menampilkan karakter-karakter Street Fighter klasik seperti Guile, Bison, Chun-Li, Ken, Cammy, Ryu, Dhalsim, Zangief, Balrog, Blanka, Dee Jay, T. Hawk, Vega, E- Honda dan Sagat!

4. Karakter Ryu Dilakonkan Oleh Seorang Pelakon Amerika Berketurunan Hong Kong!

Bagi pemilihan pelakon untuk karakter Ryu, De Souza sudah pun memilih pelakon muda Amerika berketurunan Hong Kong iaitu Bryon Mann sebagai Ryu.

Tapi Capcom mahukan pelakon Jepun, Kenya Sawada yang mana tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tapi akhirnya, De Souza telah mencapai keputusan untuk tetap memilih Bryon Mann sebagai Ryu. Manakala Kenya Sawada pula karakter cameo baru iaitu Captain Sawada.

5. Jurulatih Koreografi Tak Tahu Fighting Game

Bryon Mann yang melakonkan watak Ryu menghadapi masalah dengan babak pertarungan antara Ryu dan Vega (lakonan Jay Tavare) yang bersenjatakan bilah cakar tajam.

Mann sepatutnya mahir dalam teknik-teknik seni mempertahankan diri dan jurulatih koreografer, Benny “The Jet” Urquidez perlu membantunya. Namun, Benny tidak tahu apa sebenarnya video game fighting, semuanya itu baru baginya. Benny juga berkata sepatutnya setiap watak mempunyai teknik seni mempertahankan diri yang berbeza. Tapi dalam sesi pengambaraan, semua watak berlawan dengan cara yang sama.

6. Pelakon Chun-Li Tumbuk Pelakon Lain Sampai Menangis

Semasa dalam sesi latihan, Ming-Na Wen yang melakonkan watak Chun-Li berkata “Semua pelakon dalam filem ini lemah,” katanya sambil ketawa.

Dia tidak memberikan nama, tapi dia ingat pelakon yang mempunyai hubungan kakak dan abang dengan seorang lagi pelakon yang mana Ming-Na Wen tumbuk pelakon lelaki itu dengan kuat sehingga dia menangis. Kata Ming-Na Wen, dia hanya bergurau sahaja. Kasar lawak kau ni Chun-Li.

7. Gaya Hidup Jean-Claude Van Damme Yang Sangat ‘High’

Filem Street Fighter menghimpunkan para pelakon baru, namun Jean-Claude Van Damme berdiri di muka hadapan sebagai bintang yang terkenal bersama-sama dengan egonya yang tinggi.

Khabarnya Jean-Claude Van Damme hadir ke set penggambaran dengan tabiat dadah yang serius. Tabiatnya itu telah menyebabkan dia datang lewat ke set penggambaran dan kadang-kadang tidak hadir terus. Kadangkala juga, Jean-Claude Van Damme akan membawa botol champagne ke set penggambaran yang sudah jelas melanggar etika kesihatan dan keselamatan. Nasib baik filem ini selamat dihabiskan penggambarannya!

8. Kylie Minogue Profesional Dan Disayangi Sebagai Cammy

Kylie Minogue dibawa lewat ke set penggambaran untuk melakonkan watak Cammy selepas De Souza melihat gambarnya di muka hadapan majalah People.

STREET FIGHTER, Kylie Minogue, 1994

De Souza mengatakan yang kesemua krew dan pelakon menyukai Minogue dan dia seorang yang professional. Semasa sesi penggambaran, dia akan menempah kelab supaya kesemua krew dan pelakon boleh berseronok. Ming-Na Wen juga berkata yang dia suka membawa minuman ke set. Van Damme pun nak nyelit mengaku yang dia ada menjalinkan hubungan dengan Kylie Minogue

9. Terima Kritikan Hebat, Tetap Untung Jutaan Dollar!

Ditayangkan pada 23 Disember 1994, Street Fighter menerima ulasan-ulasan yang tidak membanggakan. Para pengkritik menyentuh mengenai babak seni bela diri yang disunting dengan lemah dan dialog yang tidak cerdik.

Walau bagaimanapun, filem itu masih membawakan seri dan aksi kepada budaya video game pada awal 90-an. Dengan bajet sebanyak $33 juta, filem itu telah meraih keuntungan sebanyak $105 juta!

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Keuntungan Tahunan Microsoft Xbox Lepasi USD10 Billion, Jumlah Pengguna Xbox Live Meningkat!

PES 2019: Tarikh Keluar Versi Demo Diumumkan, Turut Bawakan Perlawanan Online Dan Offline