in , , , , , , , , ,

9 Game Untuk Gamer Yang Ingin Mencari Ketenangan – Sesuai Dimainkan Di Bulan Ramadhan Bulan Mulia!

Di hari mulia, bulan mulia ini, kenapa main game yang boleh bikin amarah dan buat ringan mulut nak mencarut aje? Sebaliknya, jom main game-game penuh ketenangan ini!

Flow

Platform: PC (Adobe Flash), PSP, PSVita, PS3, PS4

Game simple lagi mudah ini meletakkan korang sebagai seekor mikroorganisma yang hanya ingin membesar sebagai johan. Dengan alunan muzik yang mendayu dan kawalan game yang mudah ianya pasti membuai ketenangan korang, meredakan lelah nak dekat-dekat waktu berbuka. Tapi jaga-jaga, jangan kene ngap pulak dengan mikroorganisma lain yang lebih besar!

Firewatch

Platform: PC (Win, OSX, Linux), PS4, Xbox One

Ada beberapa babak mencemaskan di dalam game ini. Tapi cuba untuk tidak menghabiskan mission korang, sebaliknya mengembara merentasi hutan belukar Wyoming, US dan nikmati pemandangan semulajadi dunia Firewatch yang dihasilkan dengan gaya nan indah. Muzik latarbelakang yang berciri retro country western juga boleh membawa korang ke alam penuh ketenangan. Cuba disable marker kedudukan korang di dalam map, untuk pengalaman yang benar-benar immersive. Mengembaralah sepuasnya!

Abzû

Platform: PS 4, PC (Win), Xbox One

Laut dan ketenangan memang tak dapat dipisahkan. Kalau korang jenis yang sentiasa berlari mencari ketenangan di pantai dan laut, Abzû adalah game untuk korang mainkan di bulan puasa ini. Menyelam, berenang dan berkomunikasi bersama hidupan akuatik yang mesra di dalam dunia marin yang indah sambil menyelesaikan misteri tamadun silam – ahhh, penulis sendiri terasa ingin menyelam kembali ke dalam dunia Abzû.

Stardew Valley

Platform: PC (Win, OSX, Linux), PS4, Xbox One, Switch (2017)

Ramai daripada kita yang stress dengan hiruk-pikuk kota, terkadang teringin hidup di desa nan tenang bersama alam. Dalam Stardew Valley, game faming simulator mudah ini, korang bermain mengikut rentak mainan pilihan korang sendiri. Slow and steady, penuh ketenangan! Adalah beberapa monster yang mungkin datang membuat onar, tapi hakikatnya, game ini benar-benar mengasyikkan untuk dimainkan penuh senyuman. Sebab itu ianya adalah game paling popular tahun 2016!

Grow Home

Platform: PC (Win, Linux), PS4

Game yang bermula sebagai eksperimen animasi Ubisoft ini menjadi game kegilaan ramai pulak. Dalam Grow Home, korang bermain sebagai sebuah android yang perlu terus mengembara dan memanjat pepohon tinggi bagi mengumpul benih tumbuhan bagi pemuliharaan ekosistem. Panjat-memanjat tuh dah boleh layan dah, tapi tunggu korang unlock keupayaan untuk glide dan float – lagi layan!

The Hunter: Call of the Wild

Platform: PC, PS4 (2017), Xbox One (2017)

Sambil berburu haiwan-haiwan yang ada di dalam game ini, nikmati persekitaran hutan yang dibangunkan sebegitu indah. Menggunakan game engine Avalanche, The Hunter: Call of the Wild menjanjikan suasana hutan belukar yang hidup – dengan kicauan unggas, sinaran mentari di celah dedaunan dan cuaca dan suasana yang begitu mengasyikkan – sememangnya game ini membawa korang ke dunia alam semulajadi penuh ketenangnan sebelum korang menembak mati binatang buruan korang.

Euro Truck Simulator 2

Platform: PC (Win, OSX, Linux)

Bosan bekerja di hadapan komputer setiap hari? Sentiasa teringin mengembara ke luar negara tapi asyik tak kesampaian? Mungkin ini adalah game yang boleh mengubat sedikit wanderlust korang tuh. Tak payah pedulikan aspek pengurusan perniagaan dalam game ini, sebaliknya hanya pandu trak-trak yang ada merentasi jalanraya Eropah. Untuk lebih feel, pasanglah radio mengikut negara yang sedang korang rentasi itu. Feel gile! Nah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Walaupun pejalanan dan pemandangan itu masih virtual – ia tetap menenangkan.

Viridi

Platform: PC (Steam), Android, iOS

Game paling mudah dan simple di mukabumi – kadang-kadang penulis tertanya-tanya, “game kah ini?” Ya dan tidak. Tugas korang hanya satu, pelihara tumbuh-tumbuhan berpasu dengan siraman sambil diiringi alunan muzik penuh zen. Terasa macam menjaga taman bunga Jepun pula. Dengan pelbagai pilihan pasu dan tumbuhan yang seperti hidup kekal abadi walaupun lama tidak disiram, game ini memang sangat menenangkan. Mainlah ketika sedang stress, pasti hati sedikit terubat.

Proteus

Platform: PC (Win, OSX, Linux) PS3, PSVita

Grafiknya mungkin kelihatan retro (“buruk” kata gamer elitist), tetapi gameplaynya yang mudah membuatkan penulis tersangkut dengan game ini. Hanya gerakkan mouse dan klik untuk bergerak ke hadapan. Mudah, bukan?. Game yang menawarkan pengembaraan dalam dunia semulajadi dengan rekaan audio yang hidup, menjadikan pengembaraan dalam Proteus ini begitu mengasyikkan. Cubalah!


Itu sahaja dulu 9 game pilihan JomGaming yang sesuai dimainkan ketika mencari ketenangan di bulan Ramadhan ini. Ada game lain yang menjadi pilihan korang? Berkongsi ketenangan itu hukumnya harus! Cuba kongsikan dengan kitorang pulak. Hehehe

Written by Big Boss

Comments

JomKomen!

Loading…

0

7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Far Cry 5 – Watak Protagonis, Antagonis, Jalan Cerita, Co-Op Dan Banyak Lagi

Produk Barangan Gaming HyperX Kini Telah Lengkap – Dapatkan Headset, Keyboard, Mouse Dan Mouse Pad