Banyak game nostalgia yang peminat minta dibawa ke resolusi yang lebih enak di mata dan mengikut perkembangan era yang makin maju ini.

Sebanyak 9 buah game Square Enix (SE) telah merealisasikan impian peminat setelah dibawa kembali dari zaman pixel dan ada juga dibawa masuk secara bundle! Ada tak antara game ini yang korang nak?

1. Final Fantasy 8 (1999)

Untuk meraikan ulangtahun FF8 ke-20, SE telah menaiktaraf game pertama FF yang dilancarkan dengan grafik paling cun pada era 90-an (dibandingkan dengan FF7 yang rupa seperti Minecraft pada tahun 1997) bagi memenuhi citarasa grafik masakini.

Game eksklusif PS1 ini diterbitkan pada tahun 1999, dan kini akan berada di PC, PS4 dan Xbox One pada tahun 2019. Tarikh rasmi masih belum diumumkan.

2. The Last Remnant (2008)

The Last Remnant (ラストレムナント Rasuto Remunanto) adalah game RPG SE yang yang diterbitkan di Xbox 360 pada November 2008 dan PC pada Mac 2009. Versi PS3 diumumkan kemudiannya tetapi tidak menjadi kenyataan. Kini game ini akan mendapat remastered di platform Nintendo Switch mulai 10 Jun 2019 dengan saiz 12 GB.

3. Romancing Saga 3 (1995)

Romancing Saga 3 adalah judul ke-6 di dalam siri francais Saga. Game ini adalah game RPG yang diterbitkan oleh Square Soft untuk Super Famicom di Jepun sahaja. Kini, versi remastered ini membolehkan semua peminat RPG memainkan game ini di platform PS4, PS Vita, Nintendo Switch, PC, Xbox One, iOS dan Android.

4. SaGa Scarlet Grace: Ambitions (2016)

SaGa: Scarlet Grace adalah siri ke-12 di dalam francais siri ini yang dibangunkan oleh SE bersama Studio Reel. Game RPG ini diterbitkan sebagai ulangtahun ke-25 di PS Vita. Kini game ini boleh didapati di Switch.

5. Final Fantasy Crystal Chronicles (2003)

Final Fantasy Crystal Chronicles sebuah RPG dibangunkan oleh The Game Designers Studio dan diterbitkan di GameCube oleh Nintendo pada 2003 di Jepun dan 2004 di Amerika, Eropah dan Australia. Versi remastered akan diterbitkan untuk Switch, PS4, Android dan iOS pada tahun 2019.

6. Koleksi ManaTrilogy

Trilogy Mana ini bukan sekadar dapat memainkan game-game ini dalam versi remastered, tetapi dapat juga mendengar koleksi muzik yang berada dalam game-game ini. Bundle ini akan dikeluarkan pada awal tahun 2020.

7. Final Fantasy Adventures (1991, Mana Trilogy Pertama)

Seiken Densetsu (dalam versi Inggeris The Legend of the Sacred Sword), merupakan judul sulung kepada francais Mana ini. Namun untuk pelancaran di Amerika, siri ini ditukar nama kepada Final Fantasy Adventures dan di Eropah pula sebagai Mystery Quest. Game ini merupakan versi side story kepada francais Final Fantasy yang berada di platform handheld. Game ini diterbitkan di platform GameBoy pada tahun 1991.

8. Secrets of Mana (1993, Mana Trilogy Kedua)

Atas kejayaan siri pertama game ini, siri kedua disahkan untuk hadir sebagai siri tersendiri, di mana bermulanya francais Mana. Game di platform Super NES ini berlatarkan sebuah pokok agung yang memberi nyawa kepada dunia. Versi remastered ini mempunyai mode multiplayer untuk 3 orang.

9. Trials of Mana (1995, Mana Triogy Ketiga)

Lain daripada 2 game terawal yang telah di-bundle-kan sekali dalam trilogi remastered ini, Trials of Mana lebih kepada remake daripada remaster. Versi remastered ini mempunyai multiplayer untuk 2 orang.

JomKomen!