Electronic Arts (EA) telah mengacah para peminat dengan sesuatu sehingga menimbulkan satu spekulasi yang cukup menarik.

Akaun Twitter rasmi EA telah memuatnaik satu video pendek yang penuh misteri. Video tersebut memaparkan segelas koleh berlogo EA yang dipanaskan, sambil hanya meletakkan kapsyen “…”.

Kole yang dipanaskan ini telah menimbulkan stim, dan para peminat telah membuat anggapan awal bahawa game-game EA bakal kembali dipasarkan di platform Steam.

Spekulasi ini bukanlah khabar angin kosong kerana ada bukti yang mengarah kepada kesahihannya. Pengguna Twitter @RobotBrush menemui aplikasi percubaan untuk memainkan game-game Origin di Steam. Ini membawa kepada ura-ura yang mengatakan EA akan membenarkan pemain membeli dan memainkan game dari Steam, tetapi harus tetap menggunakan Origin launcher.

Lapan tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2011, EA telah melancarkan platform game mereka sendiri, yang digelar Origin. Ia kemudian mengakitbatkan Crysis 2 ditarik keluar dari Steam dan Battlefield 3 pula tidak dilancarkan di platform tersebut. Bertitik-tolak dari situ, EA melancarkan semua game PC mereka di Origin.

Apakah benar EA akan kembali memasarkan game-game mereka di Steam? Atau apakah sebenarnya maksud di sebalik video acah ini? Sama-sama kita nantikan.

1 komen

  1. kabarnya banyak jutawan mendadak yang sudah pada ke QQHarian….??
    aahh….ikutan aahh….tidak ada kata terlambat….ayoooo guuyysss….

JomKomen!