in , , , , ,

8 Sebab Korang Akan Rusuk Bergetar/Ovari Pecah Di Acara Gamers Gathering ServerDNA 3.0!

Ni adalah 8 alasan best kenapa korang perlu join Gamers Gathering ServerDNA 3.0! Jangan kata kitorang tak ajak!

Gamers Gathering ServerDNA muncul kembali untuk edisi ke-3! Tahun lepas kitorang pergi melawat, dan sememangnya ianya adalah syurga duniawi bagi mereka-mereka yang bernama #PCgamers! Cuba layan album-album gambar dari tahun lepas ni!

Semalam JomGaming ke ServeDNA Season 2: The Gathering of Gamers. Ada PC modders, streamers, youtubers, dan yang pasti…

Posted by JomGaming on Khamis, 12 Oktober 2017

Tahun ini, JomGaming berhasrat untuk kembali menyertai acara Gamers Gathering ServerDNA ini. Berikut adalah 8 sebab utama kenapa kitorang rasa korang patut join sekali:

1. Modders PC Profesional Curahkan Pengetahuan

Kalau modifikasi PC yang korang minat, ServerDNA akan menampilkan PC Modders bukan sahaja daripada Malaysia, bahkan daripada Filipina, Indonesia, Vietnam, bahkan China!

Hero-hero modders tempatan kita seperti Mod’N’Go, WerX, Chopperinoz, Psycholunatic Mod, Rextech dan ramai lagi bukan sahaja akan mempamerkan hasil karya mereka berbanding modders serantau, malahan mereka akan berkongsi pengalaman dan jalan cerita perjalanan masing-masing dalam industri PC modding selama ini. Acara wajib jika korang baru nak berjinak-jinak dalam memodifikasi PC korang.

2. Gadis-Gadis & Jejaka-Jejaka Gamers Pelbagai Jenis, Bentuk Dan Saiz

Kata orang, jodoh itu kurniaan Tuhan. Takkan jumpa, selagi belum jodoh pertemuan. Eh. Apa intro ni? Penulis nak cakap, yang Gamers Gathering ServerDNA ni nanti akan dihadiri insan-insan ternama dalam industri gaming tempatan. Ada yang comel, ada yang sado, ada yang kelakar dan ada yang glemer. Tengok aje mereka-mereka yang kat bawah ni – nama mereka sedang meniti di bibir ahli-ahli komuniti gaming!

Melina Lai (Gamer, Cosplayer), Maya Ariffin (Streamer), Adele Lim (Streamer, Cosplayer, Event Organiser), Momoko (Cosplayer, MSI Brand Ambassador), Yukiko Eetheng (Cosplayer, Streamer), Cammy Yong (Gamer, Cosplayer), Lila Bolhair (Streamer) dan abang Farhan Johari (Streamer, Atlit Esports) – apa saja citarasa korang, jumpa diorang di gathering ni nanti. Manalah tahu, rasa kasih mula berputik.

3. Sesi Sembang Personaliti Daripada Esports, Brand dan Komuniti Gaming

Ini peluang korang untuk beramah mesra dengan streamer, shoutcaster, atlit esports profesional, influencer, wakil-wakil dari brand-brand gaming, otai-otai PC modder, lejen-lejen water cooling, dan tak dilupakan, penulis sendiri. Ceh! Tak dilupa juga pelbagai individu dari segenap komuniti gaming, clan, team esports akan hadir memeriahkan gathering ini.

4. Makan-Makan Bertaraf Hotel Mewah – PERCUMA!

Setiap acara di Malaysia ini dihidupkan dan dimeriahkan dengan makanan. Dah penat-penat bersuka-ria, apakata kita layan makanan yang dihidangkan Four Points by Sheraton. Dah lah sedap, PERCUMA pulak tu. Apalagi korang mau?

5. Pameran & Lelongan Teknologi PC Gaming Paling Mencabar Wallet

Ini mungkin cabaran paling hebat untuk kita di sana nanti. Bukan sahaja ada pameran pelbagai teknologi gaming yang terkini, malahan terdapat lelongan barangan-barangan tersebut pulak lagi. Datang, wallet berkepuk. Balik, biar puas membeli

Penulis perhatikan aje komputer Intel bersaiz mini yang akan dipamerkan di sana nanti. Abang Organiser, PM tepi plis – abang nak satu. Ehem ehem.

6. Pertandingan Esports Counter-Strike – ver1.6 Beta dan verGlobal Offensive!

Semestinya acara gaming takkan pernah lengkap tanpa penganjuran acara esports. Di ServerDNA 3.0, mereka akan mengembalikan zaman kegemilangan CounterStrike! Akan ada dua pertandingan CS – versi 1.6 Beta dan versi Global Offensive!

Kiranya ni nanti akan menjadi pertempuran olskool menentang nuskool! Yang muda gagah perkasa, yang tua makin berbisa – siapa yang akan menang?

7. Giveaway, Giveaways Dan Giveaways. Dan lagi satu, GIVEAWAYS!

Gamers Gathering ServerDNA memang cukup terkenal dengan sifat murah hati mereka. Korang takkan balik dengan tangan kosong. Ada pelbagai cara untuk memenangi pelbagai jenis giveaway, lucky draw dan macam-macam lagi hadiah daripada brands gaming yang membuat pameran dan pembentangan. Khabarnya hadiah untuk giveaway dan lucky draw ini semuanya nanti bernilai hingga RM100,000!

Penulis dulu duduk aje depan pentas, dapat mousepad yang dilontar dari atas pentas. Untunglah. Takkan korang nak tengok aje Facebook kawan-kawan yang menang macam-macam di ServerDNA nanti?

8. Pendaftaran Adalah PERCUMA!

Ya betul. Semua benda best di atas ni dapat korang join dengan hanya mendaftarkan diri DI LINK INI.

Tak payah bayar sebarang yuran. Tak perlu jual buah pinggang untuk beli tiket. Semuanya ditanggung Abang ServerDNA nan pemurah. Psstt, penulis nak laptop gaming satu. Heheh


OK geng, walaupun senarai hanya menggariskan 8 sebab kenapa kita wajib join Gamers Gathering ServerDNA – ada banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan sebenarnya. Korang boleh layari www.serverdna.asia untuk maklumat lanjut ataupun skodeng #2 daripada senarai di atas.

Jumpa korang kat sana!

Written by Big Boss

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hak Milik Siri Timesplitters Kini Dimiliki Oleh THQ Nordic

Tarikh Sesi Beta Untuk Mode Battle Royale, Blackout Dalam Call of Duty Black Ops 4 Diumumkan [KEMASKINI]