in ,

8 Pengumuman Dalam Pokemon 2019 Business Meeting: Pokemon Go vs Sleep?

The Pokemon Company mengadakan sebuah persidangan di Tokyo pada 30 Mei 2019. Di dalam persidangan ‘Business Meeting 2019’ ini, membincangkan bagaimana game Pokemon akan memberikan impak kepada pemain-pemain mereka dari pelbagai cara dan platform bersama syarikat-syarikat yang berkerjasama dengan mereka.

1. Detective Pikachu Akan Menyertai Nintendo Switch

Mengikuti kejayaan filem pertama live-action Pokemon, Detective Pikachu akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pula! Kali ini, ending untuk game ini berbeza dari ending yang tergantung di alam versi 3DS. Ramai juga membuat spekulasi yang ending kepada game ini sebenarnya kena tengok filem terbaru itu! Ha, sekarang kita tunggu Nintendo umumkan lanjut tentang game ini sama ada ia mempunyai expansion, spin-off ataupun sekuel kepada game pertama Det. Pikachu.

2. Pokemon Centre Terbaru Membawa Mewtwo

Sebagai penanda tahun ke-20 ulang tahun filem Mewtwo Strikes Back, Mewtwo boleh dilihat di dalam Pokemon Centre Shibuya baru di Tokyo, Jepun. Pokemon Centre pertama yang dibina dalam Asia Tenggara juga sudah dibuka di Changi Jewel Airport, Singapura.

3. Pokemon Quest memasuki China Yang Lebih Advance!

Pokemon Quest sudah pun berada di platform mobile dan Switch untuk dimainkan secara percuma sejak tahun lepas. Tahun ini dengan kolaborasi NetEase, negara China akan mendapat bermain Pokemon Quest termasuk sekali dengan update terbaru yang mempunyai PvP dan social area untuk China sahaja.

4. Pokemon Home – Game Pokemon Dibawah Satu Bumbung

PokΓ©mon Home adalah sebuah servis cloud yang menggabungkan kesemua game Pokemon dan menyimpan Pokemon-pokemon ditangkap dari game Pokemon Let’s Go, Pokemon Go, Pokemon Sword and Shield (bakal datang) serta Pokemon Bank dan game Pokemon yang berada di konsol 3DS seperti Sun and Moon. Servis ini membolehkan pemain trade Pokemon antara sesama sendiri dari pelbagai platform pada awal tahun 2020 nanti.

5. Peranti ‘Pokemon Go Plus+’ bersama Pokemon Sleep

Bila main Pokemon Go, kena jalan banyak untuk mencari dan menetas telur Pokemon, sekarang dalam tidur pun boleh bermain Pokemon! Pokemon Sleep adalah sebuah game untuk membantu pemain mendapatkan tidur yang berkualiti. Alat Pokemon Go Plus+ (yea, ada 2 ‘+’ di situ) boleh menjejak corak tidur pemain dan menolong pemain untuk mendapatkan tidur yang nyenyak serta menolong untuk bangun tidur dengan lebih cergas! Kalau korang berdengkur alat ini siap akan mengeluarkan sebuah bunyi frekuensi yang akan menenangkan lagi korang untuk tidur lebih nyenyak.

6. Snorlax Terbaring Tidur Di Dalam Pokemon Go

Melalui pengumuman Pokemon Sleep, Niantic telah memenuhi dunia dengan Snorlax yang sedang terbaring tidur! Ha, Snorlax ini akan tidur sangat nyenyak dan akan mengambil paling kurang 3 pokeball untuk menangkapnya. Snorlax ini juga akan mendapat ‘legacy move’ istimewa iaitu ‘Yawn’ sampai 3 Jun 2019.

7. Pokemon Masters – Berlawan Kesemua Trainers di Dalam Francais Pokemon!

Sebuah lagi game mobile sedang dibina oleh Pokemon Company dan DeNA akan tiba pada tahun 2020! Tiba masanya untuk berlawan dengan kesemua trainer protagonis dan antagonis yang pernah muncul dari dalam game dan anime Pokemon! Buktikan yang anda adalah pokemon master yang sebenar!

8. Pokemon Shirt Kian Berluasa

Kemeja premium Pokemon yang mempunyai 151 jenis corak mengikutkan index no Pokemon dari Gen 1 eksklusif di Jepun sahaja. Sekarang, baju-baju ini akan mula dijual di luar Jepun bermula di Amerika Syarikat serta United Kingdom. Setiap baju akan diukur tepat kepada pembeli dan sehelai baju akan dijual pada USD100/GBP 90bersamaan kira-kira RM419.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Roller Champions Dilaporkan Akan Diumumkan Di E3, Game Ubisoft Seperti Rocket League

10 Sebab Pokemon Go Makin Kukuh dan Ramai Pemain