Kalendar 2016 telahpun sampai di pertengahan jalan. Pastinya bulan Jun akan menampilkan beberapa game yang tidak kurang hebatnya. Jom kita tengok game yang bakal menggegar Jun 2016!

Dangerous Golf (PC, PS4 & Xbox One) – 3 Jun 2016

Pernahkah anda terbayang sebuah game di mana anda bermain golf di dalam rumah? Akhirnya rumah menjadi bersepah, pecah sana dan pecah sini dek kerana bola golf yang berapi? Inilah tema yang akan dibawakan dalam Dangerous Golf! Lagi banyak barangan pecah, lagi banyak points anda!

Game ini dibangunkan oleh Three Fields Entertainment, di mana developer-nya adalah bekas pengasas Criterion Games, studio yang bertanggungjawab membawakan siri Burnout.

JomBaca: Dangerous Golf: Game Golf Yang Lain Dari Yang Lain!

Mirror’s Edge Catalyst (PC, PS4 & Xbox One) – 7 Jun 2016

Game ini merupakan sebuah game bergenre open world action adventure yang dibangunkan oleh DICE dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia merupakan reboot kepada Mirror’s Edge, sebuah game yang dikeluarkan pada 2008.

Mirror’s Edge Catalyst – game yang berperspektif first person – akan berkisar tentang asal usul, Faith, watak utama game ini dalam usahanya untuk menggulingkan sebuah syarikat konglomerat totalitarian yang memerintah kota Glass.

Mighty No. 9 (PC, PS4, PS3, Xbox One, Xbox 360 & Wii U) – 21 Jun 2016

Game ini adalah sebuah game bergenre action platform, dibangunkan bersama oleh Comcept dan Inti Creates, diterbitkan oleh Deep Silver. Game ini telah berjaya direalisasikan selepas mendapat crowdfunding yang memberansangkan di Kickstarter.

Mighty No. 9 dikatakan mempunyai aura yang sama dengan siri game Mega Man dari segi gameplay dan character design. Ia mengfokuskan 2D platforming, dengan penggabungan 2D dan 3D artwork dan animasi.

Lego Star Wars: The Force Awakens (PC, 3DS, PS3, PS4, PS Vita, Wii U, Xbox 360 & Xbox One) – 28 Jun 2016

Seperti yang dilihat dalam tajuknya, game ini merupakan sebuah game bertemakan Lego yang menggunakan latar belakang dari filem Star Wars: The Force Awakens. Ia merupakan game kelima dalam siri Lego Star Wars yang dibangunkan oleh TT Games.

Bergenrekan action adventure, ia akan memasukkan content dari waktu antara Return of The Jedi dan The Force Awakens.

JomBaca: LEGO STAR WARS The Force Awakens: Terbangun Dari Galaxy Far Far Away!

Senran Kagura Shinovi Versus HD (PC) – 1 Jun 2016

Game yang merupakan episod ketiga dalam siri Senran Kagura, dan sekuel kepada Senran Kagura Burst ini sudah dilancarkan di PlayStation Vita pada 14 Oktober 2014. Pada 1 Jun 2016, ia dikeluarkan untuk platform PC pula.

Senran Kagura Shinovi Versus HD merupakan sebuah action game yang memerlukan pemain melakukan c-c-c-c-ombo dengan kombinasi pelbagai butang. Apa yang lebih menarik, XSEED turut mengumumkan bahawa pemain akan menikmati gameplay yang lancar dan sempurna kerana Senran Kagura Shinovi Versus HD akan mempunyai 60 FPS!

JomBaca: Senran Kagura Shinovi Versus HD Bakal Bertarung Di PC!

Umbrella Corps (PC, PS4) – 21 Jun 2016

Game ini adalah bergenre multiplayer survival horror shooter yang telah dibangun dan diterbitkan oleh Capcom. Ia merupakan sebuah game spin-off kepada siri Resident Evil.

Umbrella Corps berlatarbelakangkan pada tahun 2015, 2 tahun sebelum bermulanya kejadian dalam Resident Evil 6 dan 12 tahun selepas terkuburnya Umbrella Corporation pada tahun 2003. Walaupun Umbrella Corporation sudah dibubarkan, maklumat penyelidikan viral BOW sangat berharga yang tertinggal masih lagi menunggu untuk ditemui.

JomBaca: Resident Evil: Umbrella Corps: Video Gameplay Dah Release!

Sherlock Holmes: The Devil’s Daughter (PC, PS4, Xbox One) – 10 Jun 2016

Game ini adalah sebuah game adventure yang disertakan dalam siri Adventures of Sherlock Holmes, dibangunkan oleh Frogwares dan diterbitkan oleh Bigben Interactive.

Seperti juga sirinya yang sebelum ini iaitu, Sherlock Holmes: Crimes & Punishments, game terbaru ini turut akan berkisar tentang penerokaan dunia jenayah dan mencari klu-klu yang ditinggalkan. Setelah klu-klu ini ditemui, ia akan diletakkan di “deduction board“, iaitu sebuah gameplay yang menggabungkan kesemua ceraian klu ini untuk dijadikan maklumat yang berguna.

Tokyo Mirage Sessions ♯FE (Wii U) – 24 Jun 2016

Game yang dibangunkan Atlus dan diterbitkan Nintendo ini sudahpun dikeluarkan di pasaran Jepun pada 26 Disember 2015. Pada bulan Jun ini, ia dilancarkan pula di seluruh dunia.

Tokyo Mirage Sessions ♯FE adalah sebuah game crossover antara siri Shin Megami Tensei dan Fire Emblem, bergenrekan RPG. Game ini menggunakan turn-based battle system yang mana karakter-karakternya bergabung dengan makhluk yang dikenali sebagai Mirages untuk menentang musuh, melancarkan pelbagai serangan dan abiliti, termasuk mencipta serangan kombo bersama beberapa karakter lain.

JomBaca: Tokyo Mirage Sessions #FE: Trailer Versi Bahasa Inggeris Dan Demo Gameplay Dari Nintendo!

Atelier Sophie: The Alchemist of the Mysterious Book (PS4, PS3 & PS Vita) – 7 Jun 2016

Atelier Sophie: The Alchemist of the Mysterious Book telahpun dikeluarkan di pasaran Jepun pada 19 November 2015. Pada bulan Jun ini, ia akan dipasarkan ke seluruh dunia pula.

Game ini merupakan sebuah game bergenre RPG yang dibangunkan oleh Gust. Tema yang berada di belakang Atelier Sophie adalah kata-kata kunci “alchemy” dan “book” Watak utama dalam game ini adalah Sophie Neuenmuller, seorang kanak-kanak perempuan pencinta alchemy yang menjalankan atelier di luar bandar.

JomBaca: Atelier Sophie: Versi Bahasa Inggeris Bulan Jun Ini!

Odin Sphere Leifthrasir (PS4, PS3 & PS Vita) – 7 Jun 2016

Odin Sphere merupakan game yang dibangunkan untuk PlayStation 2 dan telah dilancarkan pada tahun 2007. Kemudian pada Januari 2016, game ini telah di-remake, menamakannya Odin Sphere Leifthrasir dengan pelancarannya untuk PlayStation 3, PlayStation 4 dan PlayStation Vita di pasaran Jepun. Pada bulan Jun ini, versi remake ini akan dikeluarkan di seluruh dunia.

Game ini membawakan genre 2D fantasy action RPG yang dibangunkan oleh Vanillaware dan diterbitkan oleh Atlus. Ia mempunyai lima cerita di mana watak utama untuk setiap cerita mempunyai hubungan kerabat dengan setiap lima negara yang berperang di dalam dunia Erion.

Grand Kingdom (PS4, PS Vita) – 21 Jun 2016

Grand Kingdom telahpun dikeluarkan pada 19 November 2015 untuk pasaran Jepun. Pada bulan Jun ini, ia akan dipasarkan di seluruh dunia pula.

Game yang bergenre tactical RPG ini dibangunkan oleh Monochrome Corporation. Game ini membawakan pemain untuk masuk ke dalam turn-based battles di mana mereka memberi arahan kepada beberapa kumpulan merceneries yang berupaya menyerang menggunakan pedang dan serangan magik – bergantung kepada combat class spesifik.

JomBaca: Grand Kingdom: Banyak DLC Berbayar Versi Jepun Akan Dimuatkan Dalam Full Game Versi Bahasa Inggeris!


*Tarikh dan infomasi adalah tepat pada waktu penulisan. JomGaming tidak akan bertanggungjawab jika terdapat pertukaran maklumat, terutamanya tarikh pelancaran selepas penyiaran artikel.

1 komen

JomKomen!