in , , , , ,

8 Game Ini Diumumkan Sebagai Acara Pingat Dalam Sukan Asia 2022 Di Hangzhou, China

Akhir tahun lalu, Majlis Olimpik Asia (MOA) telah mengesahkan bahawa esports buat julung kalinya akan dimasukkan sebagai salah satu acara pingat dalam Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Terkini, MOA telah mendedahkan terdapat lapan buah game yang akan dipertandingkan kelak. Game-game tersebut ialah:

  1. Arena of Valor (Versi Sukan Asia)
  2. Dota 2
  3. Dream Three Kingdoms 2
  4. EA SPORTS FIFA
  5. HearthStone
  6. League of Legends
  7. PUBG Mobile (Versi Sukan Asia)
  8. Street Fighter V

Di samping lapan game yang akan dipertandingkan dalam acara yang menyumbang kepada bilangan pingat ini, MOA juga akan membawakan dua dua acara demonstrasi, iaitu:

  1. AESF Robot Masters — dikuasakan Migu
  2. AESF VR Sports — dikuasakan Migu

Semasa Sukan Asia 2018 di Indonesia, esports telah diperlihatkan sebagai acara demonstrasi.

JomBaca: Ini Jawapan Kami Terhadap Cemuhan Yang Dilontarkan Kepada Pemain Esports Malaysia Di Sukan Asia 2018!

Sama-sama kita doakan agar pasukan kebangsaan Malaysia dapat mempersiap skuad esports yang mantap untuk temasya sukan terbesar Asia itu tahun hadapan.

Temasya kali ke-19 Sukan Asia di Hangzhou, China dijadualkan akan berlangsung dari 10 hingga 25 September 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Trailer Multiplayer Call of Duty: Vanguard – Aksi Penuh Pantas Era Perang Dunia Kedua

Death Stranding Director’s Cut Keluarkan Trailer Terakhir Yang Disunting Sendiri Oleh Hideo Kojima