Tak semua yang dirancang Naughty Dog masuk ke dalam game penuh.

uncharted

Uncharted 4: A Thief’s End yang sedia ada sudah menampilkan babak yang sangat baik dan mungkin akan diingati buat selamanya. Kita mungkin terfikir bahawa setiap babak dan gameplay yang disajikan adalah idea yang sudah dimaksimum dikeluarkan dari minda-minda genius para developer Naughty Dog.

Kita silap jika kita memikirkannya sebegitu. Dalam satu temu ramah RollingStone.com bersama Pengarah Uncharted 4, Neil Druckmann telah mendedahkan bahawa terdapat banyak idea, babak dan gameplay yang telah dibuang dari versi akhir Uncharted 4 atas sebab-sebab tertentu.

AMARAN! Gambar dan maklumat di bawah terdapat SPOILER BESAR. Jangan teruskan pembacaan artikel ini jika anda belum menghabiskan Uncharted 4!

Berikut adalah 8 babak dan gameplay yang telah dicantas dari game ini, yang telah kami ringkaskannya melalui temu ramah tersebut:

1. Babak Memasak

uncharted

Terdapat babak memasak di mana pemain boleh mencampur bahan-bahan masakan mengikut citarasa pemain sendiri. Pemain boleh menjadikan masakan itu berasa pedas, dan ia akan mengeluarkan dialog-dialog berlainan.

2. Berbual Dengan Banduan

uncharted

Semasa Nathan Drake di dalam penjara, pemain boleh berjalan dan berbual dengan banduan-banduan lain, dan dalam masa yang sama, pemain akan mencari Sam.

3. Lawan Bola Salji

Di Scotland, Nathan dan Sam boleh bermain salji – bentukkanya menjadi bola dan balingkannya ke arah satu sama lain. Senang kata, snowball fight!

4. Berjalan Di Atas Krane

uncharted

Apabila bilik map mula runtuh, terdapat sebuah krane jatuh masuk ke dalam gua, dan pemain akan memanjat melalui cabin dalam krane tersebut, dalam masa yang sama ia berputar dan berpusing. Ia tidak dapat disempurnakan kerana ia memerlukan lebih banyak masa untuk disiapkan.

5. Bermain Bola Di Epilogue

uncharted

Di babak Epilogue, Cassie boleh bermain bola bersama anjing peliharaan miliknya. Cassie boleh mengutip serta membaling bola tersebut dan anjingnya akan mengambil dan memulakannya semula. Gameplay ini dibuang kerana animasi untuk aktiviti ini dikatakan kelihatan buruk.

6. Membuat Lubang Untuk Memanjat

uncharted

Terdapat satu mekanik di mana pemain boleh membuat lubang di sesuatu permukaan melalui tembakan. Melalui lubang ini, pemain boleh memanjat dan membuka laluan baru. Druckmann berkata, sukar untuk mengemaskan gameplay ini untuk menjadikan ia suatu mekanik yang bagus. Namun, pada waktu prototaip, mekanik ini adalah suatu gameplay yang sangat seronok dimainkan.

7. Babak Permulaan Yang Berlainan

Uncharted 4: A Thief’s End™_20160513092737

Babak permulaan, iaitu babak di atas bot pada mulanya bukanlah diletak sebagai babak permulaan sehingga pada satu waktu produksi yang sangat lewat. Terdapat juga, di mana pemain tercampak keluar dari bot, dan perlu berenang beberapa minit ke pesisir pantai untuk mencari semula Sam. Babak ini dibuang kerana babak berenang itu dikatakan terlalu panjang.

8. Berlawan Pedang Semasa Kecil

Ketika chapter di mana Sam dan Nathan semasa kecil menceroboh rumah agam untuk mencari barangan ibu mereka, terdapat babak di mana mereka terjumpa sepasang pedang. Sam dan Nathan mengambil kedua-dua pedang itu, lalu mulakan pertarungan antara mereka. Mekanik gameplay ini adalah sama dengan babak akhir di mana Nathan berlawan pedang dengan Rafe di atas kapal Henry Avery.

Uncharted 4: A Thief’s End™_20160519211629

Apabila ditanya mengenai adakah babak-babak yang dicantas ini akan diselitkan dalam edisi Uncharted 4 director’s cut (sekiranya ada), ini jawapan beliau:

“Satu-satunya babak yang ingin saya letakkan semula dalam game ini adalah babak berlawan pedang itu (semasa Sam dan Nathan waktu kecil). Itu adalah satu-satunya babak yang saya rasa tidak akan menjejaskan rentak atau nada atau perkara lain. Apabila di akhir produksi, kita melihat setiap perkara untuk menjadikan jalan ceritanya berhasil, atau sesuatu yang hanya menambah rencah ke dalam game ini. Kadang-kala, anda perlu melakukan keputusan yang sukar itu.”

JomBaca: Apa Pula Jadi Apabila Jurugambar Tempatan Bermain Photo Mode Uncharted 4?

JomKomen!