7th Dragon III Code: VFD: Demo Sudah Boleh Download Di US eShop!

0
150

Kalau korang menggunakan set Nintendo 3DS US dan mempunyai akaun US, korang sudah boleh download demo game ini! 

Sega baru sahaja menggumumkan korang boleh download demo game ini mulai sekarang. Dalam demo ini, korang boleh melalui prolog dan babak pertama bagi game ini dengan party members yang sedia ada.

7th-Dragon-III-Code-VFD-001

Kalau korang main demo ini dan simpan save data, ianya boleh digunakan nanti ketika korang main full game. Korang boleh mendapat party yang dah sedia ada pada level 10, kemudian customize rupa bentuk, class dan skill karakter-karater ini dalam full game nanti! Korang juga akan mendapat barang dan senjata!

7th-Dragon-III-Code-VFD-004

Secara rasminya, Sega tidak membuat sebarang kenyataan mengenai ganjaran yang bakal didapati namun di Jepun, korang boleh mendapat 10,000Az (duit dalam game ini), EX Upper, Nagamimi’s Charm dan aksesori Skill Upper. EX Upper digunakan untuk mendapat experience 1.2 kali ganda, Skill Upper untuk mendapat skill points 1.2 kali ganda dan Nagamimi’s Charm adalah untuk menaikkan stats attack, evasion dan speed sesuatu karakter itu.

7th-Dragon-III-Code-VFD-002

7th Dragon III Code: VFD adalah game genre turn-based RPG yang mempunyai aspek merentasi masa, membunuh dragondating dan banyak benda lagi. Terdapat banyak job class yang korang boleh pilih untuk karakter-karakter korang!

7th Dragon III Code: VFD bakal release di pelantar Nintendo 3DS di Amerika Utara pada 12 Julai 2016.

7th-Dragon-III-Code-VFD-003

JomKomen!