in , , , , , ,

7 Sebab Kenapa ROG Phone Adalah Smartphone Gaming Paling Unggul Setakat Ini!

Meleleh kitorang menengoknya!

Asus Republic of Gamers (ROG) di Computex 2018 telah mengumumkan smartphone gaming mereka – ROG Phone.

Sekali pandang, rekaan ROG Phone ini memang berkongsi genetik rekaan dan rona warna lineup ROG selama ini – cumanya dipadat dan dipadukan ke dalam bentuk dan pakej smartphone!

Asus ROG berkata, ROG Phone ini dibina bagi memenuhi keperluan dan kemahuan mobile gamers masakini. Jom kita tengok apa yang gempak sangat tu!

1. Tiga Mode Gaming – Desktop, Handheld dan Console!

ROG Phone tapau habis smartphone gaming lain dengan 3 mode gaming yang ditawarkan ini!

Desktop Mode; dengan Mobile Desktop Dock, korang boleh menyambungkan ROG Phone korang dengan mouse, keyboard, monitor 4K, speaker 5.1 dan Gigabit Ethernet!

Ini dah macam setup mobile gaming tryhard! Jangan nanti orang komplen korang pakai mouse dan keyboard kat mobile gaming sudahlah!

Handheld Mode; dengan TwinView Dock yang dilengkapi skrin kedua dan sistem trigger yang lebih padu, korang bukan sahaja boleh bergaming dengan lebih selesa – korang boleh livestream juga kerana jari korang tidak lagi menghalang kamera ROG Phone!

TwinView Dock ini juga dilengkapi dengan bateri 6,000mAH ekstra untuk benar-benar menjadikan ini sistem handheld yang boleh dibawa kemana mana!

Console Mode; dengan WiGig Dock dan GameVice controller pula, korang boleh menikmati pengalaman console gaming! Hanya letakkan ROG Phone korang ke WiGig Dock, pancarkan paparan ke TV melalui WiFi 802.11ad 60GHz – dan mainlah game menggunakan GameVice controller sambil bersandar malas di sofa! Nikmat beb!

2. Processor Power, Grafik Hebat Untuk Gaming Berprestasi Tinggi

ROG Phone ini nanti akan dikuasakan dengan variasi cip Snapdragon 845 8-core yang boleh mencapai CPU clockspeed sehingga 2.96GHz! Lebih laju daripada clockspeed Qualcomm 2.8GHz. Dalam trailer, khabarnya ROG Phone ini memiliki processor mobile paling laju di dunia!

Dah pakai Snapdragon 845, semestinya ianya turut dilengkapi kuasa GPU Adreno 630 yang menjanjikan prestasi 30% lebih hebat sambil mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 30% berbanding Snapdragon 835 dan GPU Adreno 5xx mereka sebelum ini.

Selain itu, ROG Phone ini nanti akan didatangkan dengan 8GB RAM. Gandingan mantap powerhouse. Pehh, tak ke berdesup perginye?

3. Sistem Penyejukan Luar/Dalam Untuk Sesi Gaming Siang ke Malam

Bila dah gaming berjam-jam, pastinya smartphone korang mula panas dan game pun jadi lag dan slow. ROG Phone dilengkapi dengan sistem GameCool yang mengalihkan haba dari processor ke chassis menerusi sistem sebaran haba kuprum dan ruang 3D vapor.

 

Tak cukup jugak? Korang boleh tambah aksesori AeroActive Cooler – kipas yang akan menyebarkan haba dari chassis ke persekitaran! Bergaminglah sampai pengsan! LOL

4. Skrin Paparkan Visual Laju Meleleh Tahap Monitor Gaming

ROG Phone dilengkapi skrin 6 inci dengan aspect ratio 18:9 dan refresh rate 90Hz. Walau tak selaju Razer Phone dengan skrin 120Hz nya, tapi ROG Phone ini sudah lebih laju berbanding kebanyakan smartphone gaming lain!

Tambahan pula, teknologi skrin AMOLED ROG Phone ini setanding dengan monitor gaming ROG Swift PG258Q dengan 1ms response time – monitor yang sama digunakan dalam pertandingan esports! Ada ke smartphone gaming lain yang berani buat janji begini?

5. Butang Tepi Jadi Butang Trigger Dalam Landscape Mode

Tak perlu beli aksesori tambahan untuk jadi trigger smartphone korang. ROG Phone dilengkapi AirTriggers di sisi kiri chassis. Bila nak bergaming, pusingkan ia ke landscape mode dan gunakan butang-butang sensitif ini! Paling best, ianya bergetar setiap kali ditekan, memberikan korang keyakinan haptic feedback – tak payah ragu-ragu dah tekan ke butang nih?

6. Dua Port – Bawah Dan Tepi Untuk Caj Phone Dan Cucuk Audio

ROG turut memahami mobile gamers yang ingin bermain sambil mengecas smartphone mereka. Jadi ROG Phone dilengkapi dengan 2 charging port – satu di bahagian bawah seperti smartphone lain. Dan satu di bahagian sisi kanan chassis – untuk digunakan semasa gaming dalam landscape mode!

Takde lagi masalah kabel mengganggu genggaman korang semasa bergaming!

7. Sistem Bunyian Padu Untuk Kepuasan Aksi Gaming

ROG Phone hadir dengan 2 speaker stereo front-facing yang turut dilengkapi sistem amplifier! Confirm, kalau gaming volume kuat-kuat kat mamak, banyak mata yang jelly.

Selain itu, pengguna headphone juga boleh bergembira. ROG Phone dilengkapi sistem DTS X7.1 virtual surround sound untuk pendengaran padu di dalam game!


Setakat ini, tiada harga diumumkan lagi bagi ROG Phone ini. Tetapi ianya dijangka akan mula dijual pada Ogos 2018 ini bermula dari Taiwan, China, Asia Tenggara dan Jepun. Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya berkenaan ROG Phone ini nanti.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas Dortmund Batalkan Kerjasama, PES 2019 Tandatangan Kerjasama Bersama Schalke 04

Sony Akan Dedahkan 3 Game PlayStation Baru Sebelum Acara Kemuncak E3 2018