Destiny 1 buat comeback, bebi! Jom jadi Guardian balik!

Semalam Bungie telah mempamerkan video kombat yang akan membawa impak besar kepada cara berlawan (gunplay) – daripada mod, upgrade serta kategori slot senjata!

Berikut adalah 7 sebab kenapa penulis rasa DLC Forsaken bagi Destiny 2 yang akan hadir pada 4 September 2018 nanti boleh buat veteran dari Destiny 1 meleleh air mata menangis kegembiraan!

1. Time To Kill yang Lebih Laju

Yang paling nyata adalah t2k (time to kill: masa untuk bunuh) Destiny 2 akan menjadi lebih cepat dan tangkas seperti mana zaman vanila Destiny 1 dahulu. Ini merangkumi pilihan mod senjata, damage tembakan, generasi abiliti yang lebih laju serta melee kini telah di buff dan dipendekkan antara 2 pukulan. Dengan mod yang sesuai, Hand Cannon kini boleh 3-tap untuk membunuh di dalam PvP.

Hand cannon 3 tap, yas!

2. Random Perk di Senjata Kembali Lagi

Sekarang korang boleh pakai 3 weapon yang sama sekaligus dengan perk yang berbeza. Pelbagai perk klasik dari Destiny 1 yang menjadi pilihan hati Guardians membuli orang dalam PvP seperi Rangefinder, Explosive Payload, Zen Moment dan macam-macam lagi kini kembali. Kembali bikin pilihan perk ‘God-Roll’ weapon idaman korang mengikut cara set up combat dan permainan.

3. Mod Socket di Setiap Senjata – Lebih Modifikasi

Terdapat banyak slot untuk mod yang terus dipasang di senjata. Mod ini merubah sifat senjata seperti mengawal kejinakan senjata (recoil, stability, counterbalance) dan juga extra buff damage kepada aktiviti PvE seperti buff damage terhadap Boss, minions dan sebagainya. Mod boleh diperolehi balik apabila senjata tersebut di-dismantle-kan.

4. Masterwork Upgrade – Perk Tree Ekstra

Masterwork kini boleh di level up sehingga tier 10 dari perk yang korang pilih. Apabila senjata tersebut lebih daripada tier 7, terdapat extra perk yang boleh digunakan di panel ke-4 pilihan perk. Sekali upgrade 5000 glimmer so, pandai pandai menabung ye Guardian-Guardian sekalian.

Better Devil ‘virgin’
Better Devil Tier 7 masterwork upgrade

5. Kebebasan Slot dan Klasifikasi Senjata 

Sekarang korang dah boleh berlari dengan 3 shotgun atau 3 auto rifle, 2 sniper + handcanon, bow dan senjata troll dan macam macam lagi. Jenis klasifikasi senjata akan kembali seperti D1 iaitu Primary, Special dan Heavy. Namun senjata tersebut masih akan mempunyai status Kinetic, Energy serta Power.

Slot antara Kinetic dan Energy akan mempunyai primary dan special weapon manakala slot power akan membawa heavy. Sniper, shotgun kini berada dalam kelas special dan bow berada di dalam primary. Terdapat beberapa weapon heavy agak istimewa yang akan berada di slot kinetic dan energy, maka… 3 shotgun-run is possible!

Set up Primary-Primary-Heavy

6. Ekonomi Peluru Lebih Mencabar Kemahiran

3 shotgun bebi!

Case study; 3 Heavy Weapon contoh shotgun:

Boleh je masuk PvP dengan 3 shotgun tetapi korang akan perasan bullet akan bermula dengan 1-1-0 (kinetic-energy-power). Apabila korang mengambil peluru dari ammo box, korang akan dapat dalam tambahan 3-3-2, semua senjata heavy mendapat bullet yang sedikit.

Case Study; Primary-Special-Heavy Setup:

Kalau katakan korang menggunakan hand cannon + sniper + sword korang akan mendapat ammo sebanyak 200-6-0. Apabila korang mengambil heavy, ammo akan menjadi 200-6-10. Weapon Heavy akan reload dengan banyak. Heavy dan special ammo boleh di ambil dari ammo box atau member/opponent yang mati di medan perang. Guardian akan spawn bersama sedikit special ammo dan tanpa heavy ammo.

Running dengan 3 shotgun

7. Ability dan Super Dirancakkan

Welcome back to game lempang lempang warlock, laga bahu titan dan spam arrow tether hunter. Cooldown antara melee dipendekkan dan 2 hit melee kill confirm. Imagine sekarang Titan dapat lari laga bahu lepas tu melee tanpa rasa serba salah fikir mati ke tak lepas tu, yang confirm, opponent mati.

Warlock Melee OP. joking. Tapi macam ni la rasa kene tampar letrik warlock
  • Warlock
    • Stromtrance damage buff
    • Range melee dipanjangkan
    • Rift Healing di buff dan akan efek t2k lebih tinggi
    • Empowering Rift damage di buff serta precision damage.
  • Hunter
    • Pencarian mangsa Golden Gun dipanjangkan dengan 2 saat lebih
    • Baling pisau (melee gunslinger) di buff
    • Arrow tether boleh ditembak dengan lagi laju
    • Bladedancer kembali di dalam sub-class void
    • Nightstalker tether akan lebih kuat untuk cancel/supress super opponent
  • Titan
    • Bubble Ward of Dawn lebih sukar untuk dipecahkan. Teammate dalam bubble akan mempunyai overshield dan melee yang lebih kuat
    • Super arc baru boleh terbang dan navigate macam torpedo diakhiri dengan slam fist of havoc

Spekulasi Penulis #ThrowbackComparison

  • Meta game akan bertukar dan menjadi lebih luas. Nampak gaya sniper & hand cannon akan kembali gemilang.
  • Bow juga merupakan sebuah weapon yang disukai ramai. Wish Ender amat sesuai untuk golongan Hanzo main (Overwatch related).
  • Heavy masih sorang pikap, sorang tu je la yang dapat. Tak seperti dalam D1, sorang pikap, member teammate yang berada dalam 5 meter radius dapat jugak.
  • Fireborn Error 404: Not Found. Kemungkinan akan ada exotic untuk warlock yang boleh membawa kembali perk ‘reborn’ untuk clutch game?
  • Abiliti setiap subclass kini lebih berbeza dan mempunyai impak yang berlainan ke dalam game PvP. Seperti healing rift/grenade Warlock, tether Hunter serta bubble Titan kini lebih kuat untuk defend malah mempunyai sifat support yang amat berguna berlawan dengan opponent.
  • Pemain kasual D2 tidak suka perubahan mendadak terhadap Forsaken terutamanya kembali ke cara mekanik D1.
  • Pemain veteran dari zaman vanilla menangis keseronokan sebab 3 tap hand cannon serta double melee kill kembali.
  • Pemain PvP menangis berjemaah sebab kene snipe + hand cannon
  • Titan skate come-back?????? #spekulasi
  • Queen akan kembali? Cuba tengok perk kat exotic bow bawah ni haaa
Mara Sov maraaaaaaaaah!

Ramai player casual D2 berasa kenapa Bungie membawa balik mekanik D1 kalau kita berada di era D2 yang baru? Namun terdapat banyak veteran player terutama pemain PvP gembira kerana mendapat kembali gameplay D1 yang lebih rancak dan skill-gap yang nyata!

Hah apa pandangan korang? Best tak best? Adakah korang gembira dengan perubahan ini? Adakah korang akan kembali menjadi Guardian harapan umat manusia?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.