in , , , ,

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu – Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

Seperti dijanjikan, EA telah memperlihatkan trailer pertama untuk game Star Wars terbaharu — Star Wars Squadrons. Walaupun hanya memaparkan babak sinematik dan belum lagi sebarang gameplay, banyak juga butiran tentang game ini yang sudah didedahkan.

5v5 Online Multiplayer First-Person

Pertama sekali, game ini memfokuskan kepada pertempuran angkasa 5v5 online multiplayer dengan pandangan first-person. Semestinya kita akan dapat melihat perseteruan antara kapal angkasa X-Wing dan Tie Fighter, serta bermacam kapal-kapal perang lain.

Dua mode multiplayer yang diumumkan setakat ini ialah Fleet Battles dan Dogfights. Secara ringkasnya, Fleet Battles adalah mode yang mempunyai misi untuk memusnahkan kapal besar utama musuh (flagship), manakala Dogfights pula adalah sama seperti Team Deathmatch.

Story Campaign

Dibangunkan oleh EA Motive, Star Wars Squadrons juga akan mempunyai story campaign-nya yang tersendiri. Menggunakan susur masa ketika hampir tamatnya Galactic Civil War, iaitu peristiwa yang berlangsung selepas Episode 6: Return of the Jedi atau pasca Battle of Endor, kita akan menyaksikan bagaimana New Republic yang baru ditubuhkan cuba untuk mendapatkan kebebasan daripada cengkaman Empire yang diambang keruntuhan.

Pemain akan dapat bermain di kedua-dua belah pihak, sama ada New Republic atau Empire.

Lokasi & Karakter

Pemain akan dibawa merentasi galaksi di dalam universe Star Wars. Ada lokasi yang sudah biasa kita lihat, dan ada juga beberapa lokasi baharu yang akan diperkenalkan dalam game ini kelak.

Dari segi barisan karakter pula, ada karakter-karakter baharu yang akan dicipta, dan ada juga beberapa penampilan khas atau cameo dari filem Star Wars yang akan ditampilkan.

Customizations

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

Kata EA, game ini nanti akan membenarkan para pemain untuk mengubahsuai kapal masing-masing yang mana semuanya hanyalah bersifat kosmetik dan tidak akan mempengaruhi gameplay. Dan lebih menarik EA turut mengesahkan yang game ini nanti tidak akan mempunyai microtransactions.

Tarikh Pelancaran, Platform & VR

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

Apa yang paling menarik ialah Star Wars Squadrons akan hadir bersama-sama dengan keupayaan bermain dalam virtual reality (VR) di kedua-dua platfrom PS4 dan PC.

Secara keseluruhan, Star Wars Squadrons akan dilancarkan pada 2 Oktober 2020 untuk PC (Origin, Steam, Epic Games Store), PS4, dan Xbox One bersama-sama dengan fungsi cross-play antara kesemua platform ini.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman yang game ini akan dilancarkan ke PS5 dan Xbox Series X. Namun, melalui apa yang kita ketahui sekarang ini, pastinya game ini nanti berupaya untuk dimainkan di konsol generasi akan datang itu melalui fungsi forward compatibility.

Harga

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

Game ini akan dijual pada harga USD40, bermakna ia bukan sebuah game penuh berharga USD60 seperti kebanyakan game AAA. Untuk harga di pasaran Malaysia, ia bergantung kepada pertukaran harga tersebut kepada ringgit yang akan diumumkan kelak.

Ini secara tidak langsung telah mengesahkan yang kandungan game ini tidak akan sebanyak seperti sebuah game yang berharga USD60.

Gameplay Pertama

7 Perkara Tentang Star Wars Squadrons Yang Korang Perlu Tahu - Pertempuran Angkasa 5v5 First-Person

EA akan memperlihatkan gameplay pertama Star Wars Squadrons dalam acara EA Play yang akan diadakan pada 19 Jun, 7 pagi (waktu Malaysia).

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Gameplay Terbaru No Straight Roads, Bersama Penerangan Wan Hazmer, Karakter Jahat Ikan Duyung Didedahkan

Pembangun A Way Out Akan Dedahkan Game Baharu Mereka Dalam EA Play Minggu Ini