in ,

7 Juta Pengguna Baru Daftar Epic Games Store Semasa GTA V Diberikan Percuma Tahun Lalu

Kita semua tahu bagaimana strategi Epic Games Store untuk bersaing dengan Steam: memberikan game percuma pada setiap minggu.

Sejak pelancarannya, game yang mendapat sambutan paling hangat dalam kempen pemberian percuma ini adalah Grand Theft Auto V pada Mei 2020, sehingga menyebabkan laman itu mengalami gangguan kerana sesak dengan terlalu ramai pengguna.

Terkini, kita telah mendapat butiran baharu tentang insiden yang berlaku lebih setahun yang lalu itu. Ketika tempoh waktu GTA V diberikan percuma, sebanyak lebih 7 juta akaun baharu telah mendaftar di Epic Games Store. Dalam kata lain, seramai lebih 7 juta pemain telah mendafar di laman itu semata-mata untuk menebus game open-world yang dibangunkan Rockstar Games itu.

Perkara ini didedahkan dalam dokumen berkaitan perbalahan antara Apple dan Epic Games di mahkamah, lapor The Verge.

Di samping itu, dua waktu lain yang mencatatkan pembukaan akaun baharu yang banyak adalah ketika pemberian percuma Civilization 6 (2.5 juta akaun) dan Subnautica (1 juta).

Adakah korang salah seorang daripada 7 pemain yang membuat akaun baharu semasa pemberian percuma GTA V di Epic Games Store?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Extraction Keluarkan Trailer Gameplay, Dedahkan Segala Kandungan Yang Akan Ditampilkan

12 Minutes: Boleh Beli or Boleh Blah!?