Siapa dah tengok filem Ready Player One? Dah baca reviu dari penulis?

JomBaca: Ready Player One – Ajak Keluarga Dan Kenalan ‘Bukan Gamer’ Intai Kehidupan Gamer Di Masa Hadapan!

Teringin berada di dalam dunia virtual dan berkenalan dengan orang? Atau nak menjana side-income dengan menjadi content creator untuk game dan menjadi ikon di dalam dunia game tersebut? Jom kita tengok game apa yang hot sekarang.

Jeng jeng jenggggg– apa ni??? Baca sampai habis dahulu!

Social chat ibarat bermain Sims dan messenger bersama. Zaman sekarang terdapat pelbagai interaksi virtual sperti bermain game di dalam game — di dalam game tersebut. (Gameception???). Berjumpa dengan orang serata dunia di dalam dunia virtual dan membina rumah lalu melakar identiti dan personaliti sendiri.

1. Avakin Life

Platform: Android dan iOS
Sejak: 2013
VR: Tidak Ada
Penjanaan duit poket: Tiada

Bayangkan dunia virtual di mana korang boleh access dari mana-mana dan pada bila-bila waktu serta muat di dalam poket korang. Lagi banyak hartanah dan rumah korang ada, lagi cepat korang naik level dan mempunyai lebih kelebihan di dalam hidup Avakin.

Custom kan rupa anda dan bertemu orang lain di parti muzik! Ha, siapa paling stylo dan berkarisma? Game ini sesuai untuk dimainkan oleh semua umur dan generasi. Selamat dari unsur ganas atau lucah dan keseronokan di dalam game ini amat lah addictive. Jangan sampai terlupa real life pulak!

2. GTA V Online

Platform: PC, PS4, XB1
Sejak: 2017
VR: Tidak (Masih boleh dengan 3rd party app)
Penjanaan duit poket: Rendah (penjualan mod)

Ha, GTAV? Betul, selamat datang ke Los Santos! Di mana semua impian anda boleh tercapai di dalam dunia Action MMORPG ini. Macam mana je almost sama macam OASIS?
Di dalam game ni korang boleh membeli rumah, kenderaan, mod kereta dan pakai baju design sendiri (untuk mereka di PC dan modders), mempunyai ‘clan’ (crew) tersendiri.

Nak dapatkan semua ni kene la ada duit kan? Nak buat duit kene la gi merompak bank, bukak bisnes “herba dan tepung” hidu bersama kawan kawan. Pelbagai aktiviti menarik boleh buat bersama termasuklah mereka permainan custom in-game sendiri seperti racing kereta di atas langit, lawan motor tron, main golf dan macam macam. Pastikan korang berumur 15 ke atas sebelum masuk di dalam dunia ini!

3. VR Chat

Platform: PC
Sejak: 2017
VR: Ada
Penjanaan duit poket: Biasa (penjualan mod)

Do you know da wae? Meme sensasi Ugandan Knuckles bermula di dalam sebuah social chat bernama VR Chat di mana korang boleh melepak di dalam dunia VR yang boleh direka dengan Unity SDK. Segala body tracking dan surround sound 3D memang membuat rasa seperti berada di dalam dunia tersebut. Motif game ni lebih kepada melepak dan berkenalan dengan orang di dalam alam VR.

4. IMVU

Platform: PC, Mobile (Android, iOs)
Sejak: 2004
VR: Ada (3rd party)
Penjanaan duit poket: Tinggi

IMVU dibina oleh Menlo Ventures, Allegis Capital, Bridgescale Partners dan Best Buy Capital merupakan social chat yang paling user friendly pada zaman kegemilangan (2005 – 2010) Social Chat disamping ‘Second Life’. Bermula dari 2004, IMVU telah mengharungi pelbagai pertukaran termasuklah dengan pengunaan VR. Jumlah barangan katalog IMVU telah mencecah 30 juta item unik dan mempunyai 4 juta pemain aktif pada tahun 2014.

Penulis juga merupakan salah satu developer newbie di dalam game tersebut untuk membuat sedikit duit poket dengan membuat item untuk avatar. Lama kelamaan IMVU telah melancarkan aplikasi companion di smart phone supaya korang boleh bermain di mana mana. Sejak aplikasi tersebut telah di lancarkan, IMVU bertukar arah angin lebih kepada konsep ala ala “Instagram” di mana app IMVU tersebut adalah bagaikan Insta #OOTD untuk avatar korang. Still, app tersebut boleh buat kebanyakan benda yang berada di dalam versi PC seperti mini-game, chatrooms, wardrobe dan marketplace. Cuma developer function tidak berada di dalam mobile app IMVU.

Premium pass IMVU untuk pengunaan social yang lebih interaktif seperti ‘Whsper’ (direct message) dan VIP only content. VIP Pass beza dari AP (Adult Pass) yang lebih ke arah ’18+’ di mana tiada sebarang censor atau nudity guideline termasuklah untuk voice dan pose. Bagi mereka yang tiada AP dan melihat avatar yang mempunyai AP ‘bogel’ tetap tidak dapat melihat segala ‘keindahan’ dan diganti dengan view non-explicit version. Manakala pose dan voice yang ‘dewasa’ di mute kan bagi mereka yang tiada VIP Pass.

5. Second Life

Platform: PC
Sejak: 2003
VR: Tidak ada
Penjanaan duit poket: Tinggi

Second Life merupakan musuh ketat bagi IMVU dari sejak azali. Cuma slack Second Life tidak mempunyai VR dan companion app di telefon pintar. Second Life mendapat 1,000,000 pemain aktif pada 2013 dan kini telah jatuh ke 800,000. Second Life adalah sedikit kompleks dan lebih serious berbanding IMVU dan Pereka Second Life, Linden Lab membawa game social chat ini lebih ke arah perniagaan untuk developer.

Korang boleh merekacipta dan menjual virtual item di global marketplace seperti IMVU. Ramai yang menggunakan 3rd party organizer untuk menjual credit mereka ke orang ramai dengan harga rendah tetapi kini Linden Lab telah mengambil langkah untuk membuat developing lebih senang diuruskan. Terdapat pelbagai peluang untuk 3d designer, scripting secara amatur atau professional untuk menjana duit poket. Jual semua benda dari bentuk rupa, baju, lot tanah in-game, perabot ataupun perumahan. Jangan terkejut kalau ada orang ‘berkerja’ di dalam dunia social ini. Macedonia, Philipinnes juga telah membuka embassy virtual mereka di dalam Second Life. Terdapat juga kelas virtual mengajarkan urusan Haji untuk orang muslim dan non-muslim untuk belajar tentang agama Islam!

Membeli akaun premium memberi lebih kepada barangan in-game, tanah untuk pembinaan/jual, barangan eksklusif untuk premium members, special customer service dan banyak lagi.

6. Project Sansar

Platform: PC
Sejak: 2017 – Masih di dalam Beta
VR: Ya
Penjanaan duit poket: Belum diketahui

Bayang kan kehidupan dari Second Life dibawa ke dunia VR. Dari segala pekerjaan, perumahan, servis kini akan datang kepada korang di dalam dunia virtual. Linden Labs mengatakan Sansar bukanlah untuk menggantikan Second Life. Sansar hanyalah sekadar untuk membawa korang ke dunia virtual yang lebih dalam, detailed dan immersive.

Pada hujung tahun 2017, Sansar telah membuka developer program kepada orang awam untuk bermula menghasilkan barangan virtual untuk Sansar. Ramai developer dari Second Life berasa berat hati dan pening setelah lebih 10 tahun menghasilkan barangan, kini Sansar akan menyebabkan kebanyakan pemain Second Life ke Sansar sehingga kekurang pembelian di Second Life. Ada juga developer Second Life terus melompat kapal ke Sansar untuk membina hidup ‘baru’ di dalam Sansar pula.

BONUS – Ready Player One: OASIS VR

Image credit: Morph3d.com

Yeaps, betul. Korang bakal menikmati dunia OASIS di dalam VR yang benar. HTC Vive telah melancarkan dunia OASIS yang masih di dalam fasa beta. Dalam dunia ini korang boleh memasuki ‘Planet Doom’ dan ‘Gauntlet’.

Terdapat 3 mode FPS di dalam dunia ini dimana korang boleh bermain bersama kawan kawan menciptakan rekod dunia dan berdiri di “World Ranking”.

  • Planet Gauntlet:  Menerokai dungeon sambil melawan ‘undead’ yang akan membunuh korang. Kutip ‘Gold’ untuk menaikkan markah dan makan untuk mengembalikan HP. Hanya skill memanah korang akan memastikan kalau korang boleh keluar dengan selamat.
  • Planet Doom – Battle For the Oasis: Selamatkan OASIS dengan mengalahkan ombak askar IOI. Meneruskan perjuangan anda di dunia Doom dari ribut salji mengelilingi istana Anorak dan menghentikan niat IOI untuk control dunia OASIS.
  • Planet Doom – Rise of the Gunters: Berlawan dengan askar askar IOI yang OP seorang atau bersama seorang lagi teman berduo! Kalahkan IOI, kutip coin mereka, upgrade senjata korang dan survive selama yang mungkin.

Pada hari ini juga diumumkan Morph3d menjadi perekaan avatar untuk game VR/AR ini. Kepada mereka yang mempunyai HTC Vive boleh la cuba Beta ini sekarang! Nantikan artikel lanjut tentang OASIS di masa akan datang nanti.

Amacam? Excited tak untuk game dunia VR? Kalau korang belum tengok filem Ready Player One boleh la korang baca artikel tentang filem itu di sini.

Itu sahaja list game Virtual Chat yang pernah penulis main dan alami. Bayangkan penulis masih lagi aktif di dalam komuniti IMVU sejak 2005, pelbagai perubahan telah berlaku untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan kebudayaan hidup terkini.

Korang ada any weird atau kisah kelakar dalam dunia virtual? Cuba citer sikit kat kitorang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.