Bulan Mac hingga April sering menjadi musim yang ceria dipenuhi dengan warna-warni bunga-bungaan. Malah banyak juga pembangun game menyerikan video game mereka sempena musim ini.

Berikut adalah game online yang menyambut kemeriahan musim bunga dari pelbagai platform, termasuklah PC, konsol serta mobile tanpa mengikut turutan

1. Destiny 2: The Revelry

Untuk kali pertama, Bungie telah mengeluarkan kandungan mini mengikut musim setiap 3 bulan dengan kemaskini The Revelry, percuma kepada kesemua pemain Destiny 2. Revelry akan bermula dari 16 April sehingga 6 Mei 2019.

Memasuki kembali ke dalam variant Infinite Forest, Verdant Forest yang lebih ceria berwarna sambil mengumpul helmet tanduk hipster serta armour dan senjata baru. Inilah masa yang terbaik untuk grind masterwork core.

2. TERA: Online

TERA telah memasuki ulang tahun ke-7 mereka, dan tahun ini mereka akan menyambut dengan memberi ‘companion’ kepada pemain Tera!

Dengan kolaborasi bersama PlayerUnknown’s BattleGrounds (PUBG), Tera juga akan mendapat ‘Battle Royale’ tersediri dinamakan survival selama 4 minggu bermula dari 16 April sehingga 15 Mei 2019. Setiap class akan mendapat kemaskini kosmetik bertemakan PUBG termasuklah ‘pet’ sekali, alahai comelnya!

3. Monster Hunter: World- Spring Blossom Festival

Spring Blossom Fest kembali lagi untuk kali ke-2 sejak pelancaran Monster Hunter: World (MHW). Kepada mereka yang terlepas untuk buat outfit butterfly untuk si meow, inilah masa untuk siapkan Felyn Butterfly Suit dan Blossom Gear. Siap dengan akak Handler tu pakai ‘bee suit,’ manis sungguh!

Event ini akan berlangsung dari 26 April sehingga 17 Mei 2019 kepada semua pemain MHW.

4. Warframe : Spring Festive Interior 

View post on imgur.com

Warframe turut memberi dekorasi dalaman secara percuma bertema oriental, mungkin juga untuk sempena raya cina yang lepas? Tetap nampak sweet dan simple.

Untuk menukarkan rekaan dalaman kapal anda, pilih Escape -> Equipment -> Landing Craft -> Interior -> Scene.

Dengan patch baru, pemain Warframe terjumpa akan kolam air panas baru yang tersembunyi di gunung Nang.

You know that cave in mount Nang that never opened? The plains rework opened it up and they were hiding HOT SPRINGS from us. Smh from Warframe

5. Pokemon GO : Eggstravaganza 2019

Sempena perayaan Easter, pembangun Pokemon Go (PokeGO) Niantic, akan mengeluarkan versi shiny Buneary serta setengah potongan jarak berjalan untuk menetaskan telur! Baby pokemon baru juga telah diletakkan di dalam telur 2 km dan akan menghasilkan 2 kali ganda candy apabile menetas. Event ini akan bermula dari 16 April sehingga April 23 2019.

6. Despicable Me Minion Rush: Bunny Minion And Spring Break 

Game mobile yang comel ini memang sesuai untuk kesemua peringkat umur. Kalau tak main game ini, tengok je pun dah terasa terhibur. Event Spring Break sudah pun berlangsung dan boleh didapati di Playstore atau Appstore.

7. PUBG Mobile

Siapa je tak nak helmet kepala monitor tersebut? Dan baju overall bunny Easter sambil menyambut ulang tahun pertama bagi PUBG Mobile. Season 6 sudah pun bermula sejak 20 Mac 2019 untuk tempoh 2 bulan. Masih ada masa untuk mendapatkan barang-barang yang awesome tersebut!

Sekali-sekala menukar pemandangan yang lebih menawan dengan flora dan fauna di dalam game memberi feel yang baru. Kalau ada lagi game online yang sedang berpesta pada musim bunga ini yang kami tertinggal, jangan lupa untuk komen sekali! Semoga musim bunga dan bunny ini menceriakan gameplay korang semua.

JomKomen!